Rabu, 13 Agustus 2008

Ketawa boleh kurangkan berat badan

WASHINGTON : Ketawa bukan hanya berfungsi sebagai penawar kesakitan tetapi turut berkesan mengurangkan berat badan kerana ia berupaya membakar sehingga 2.2 kilogram lemak setahun, kata saintis.

Sementara ketawa bersungguh-sungguh menggunakan tenaga sama untuk berjalan lebih 0.8 kilometer.

Ia didapati satu rangsangan menyebabkan banyak otot bergerak dan turut membantu jantung berdegup lebih laju.

Dr Maciej Buchowski, dari Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee, berkata: "Peserta dalam kajian kami mengeluarkan 10 hingga 20 peratus lebih tinggi tenaga ketika sesi ketawa berbanding waktu rehat."


Katanya, ketawa kecil 15 minit sehari dapat mengurangkan berat badan lebih dua kilo setahun.

Walaupun ketawa diketahui baik untuk jantung dan sistem imunisasi, ini adalah kajian pertama menyatakan faedahnya dalam usaha mengurangkan berat badan.

Penyelidik mengukur bilangan kalori yang dihapuskan oleh 45 peserta berusia antara 18 dan 34 tahun ketika mereka menonton program televisyen berbeza, termasuk program biasa dan komedi.

Hasilnya, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, menunjukkan peningkatan ketara penggunaan tenaga apabila rancangan komedi ditayangkan

Related Posts

  • Sakit pedih hulu hatiRamai antara kita mungkin pernah mengalami masalah S, iaitu terasa perit seakan terbakar di belakang tulang dada yang me…
  • Penyakit kulit Ekzema AtopikPENYAKIT kulit mungkin dianggap tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Namun, kehadirannya tetap meresahkan dan membuat b…
  • Punca isteri sukar mengandung??ROSMAWATI AHMAD Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin …
  • Punca Isteri Sukar MengandungZaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun …
  • Penyakit barah hatiPerkataan barah atau kanser itu saja sudah menakutkan apatah lagi jika ianya menyerang hati. Barah hati adalah antara ba…

0 komentar:

Posting Komentar