Berjumpa secara online kini menjadi wadah rekreasi baru berbanding bergayut di telefon, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau bersembang maya di Yahoo Messenger!
Ada di antara kita yang melalui zaman remaja kira-kira 10 tahun lalu mungkin berkumpul di padang bola atau taman permainan apabila waktu persekolahan tamat untuk berjumpa rakan tidak kira apa jua aktiviti dilakukan selepas itu.
Situasi sekarang jauh berlainan walaupun padang bola masih menjadi ‘port’ utama tapi ia mendapat saingan hebat daripada Internet yang membentuk jaringan baru bagi remaja berkongsi maklumat atau melepaskan penat di dalam kelas.
Internet melahirkan idea yang membina laman web sosial seperti Facebook, Friendster, MySpace, Bebo atau Hi5. Terdapat juga gerbang kurang popular memungkinkan komuniti digital dibangunkan secara tidak langsung.
Ketika zaman e-mel menyemarakkan kehidupan komuniti suatu masa dulu, kumpulan e-mel atau ‘Mailing Group’ adalah ‘setem’ utama untuk berinteraksi dengan kumpulan dalam lingkungan 10 hingga ratusan rakan.
Ada baiknya jika kita melihat serba sedikit sejarah mengenai laman web sosial yang agak meletup di planet ini melalui Internet.
Facebook adalah laman web sosial yang membenarkan pengguna untuk berkomunikasi dengan rakan mereka dan saling bertukar maklumat.
Ia diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh bekas pelajar Sekolah Tinggi Ardsley dan Universiti Harvard pada 2006, Mark Zuckerberg.
Pada asalnya, keahlian hanya dibuka kepada mahasiswa Kolej Harvard namun ia diperluaskan ke sekolah sekitar kawasan Boston yang lain termasuk Kolej Boston, Universiti Boston, Universiti Harvard, Universiti Northeastern, Universiti Tufts, Rochester, Stanford, NYU, Northwestern dan banyak lagi dalam masa dua bulan.
Akhirnya, pengguna yang memiliki alamat e-mel universiti (misalnya .edu di bahagian belakang) seluruh dunia layak menyertai Facebook ini.
Rangkaian sosial ini disediakan kepada sesiapa yang mempunyai alamat e-mel dan membolehkan mereka berhubung mengikut lingkungan umur tertentu seperti sekolah menengah, tempat bekerja atau kawasan geografi.
Manakala Friendster ditubuhkan di Mountain View, California oleh Jonathan Abrams pada 2002 yang menjadikan laman web sosial itu memiliki lebih 70 juta ahli seluruh dunia dengan memberi tumpuan membantu pengguna terus berhubung bersama rakan.
Sementara itu, MySpace yang beribu pejabat di Beverly Hill, California, Amerika Syarikat adalah lanjutan sebahagian kisah Friendster tapi mempunyai tujuan yang sama.
Bebo adalah singkatan daripada ‘blog early, blog often’ jarang didengar namun ia meningkat naik di negara seperti Filipina dan Poland diasaskan pasangan suami isteri, Michael dan Xochi Birch.
Satu lagi laman web sosial cuba meningkat ialah Hi5 dihasilkan Ramu Yalamanchi pada 2003 yang kini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) masih cuba menembusi penguasaan Facebook, Friendster atau MySpace dengan pendaftaran lebih satu juta ahli sehingga April 2008.
Perkhidmatan laman web sosial boleh dianggap menumpukan rangkaian sosial untuk satu komuniti yang berkongsi hobi, aktiviti atau kisah peribadi orang lain.
Kebanyakan laman web sosial berasaskan Web 2.0 menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.
Walaupun remaja, ibu bapa atau pendidik menjangka ia sekadar interaksi masa lapang di kalangan mereka, tumpuan harus difokus untuk mengeksploitasi laman web sosial sebagai platform terbaik bertukar pandangan secara ilmiah dan mendekatkan jurang perbezaan.
Pelajar menggunakan laman web sosial untuk melihat foto diambil, berkongsi foto itu seterusnya menaip sebarang komen dalam kolum disediakan.
Mungkinkah ia hanya sekadar hiburan?
Laman web sosial memiliki pelbagai aplikasi yang disangkakan berfungsi sebagai hiburan semata-mata tapi jika digunakan secara bijak, dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar sekolah atau peringkat IPT.
Aplikasi yang disorotkan berupaya diselaraskan dengan pembelajaran malah membentuk satu jaringan baru di antara pelajar dan cikgu dalam bentuk komunikasi digital.
Contohnya, sebaik tamat persekolahan, pelajar akan pulang ke rumah dan membuka laman sosial ini membolehkan cikgu menghantar nota ringkas melalui aplikasi Notes di Facebook untuk dikongsi kepada jaringan pelajar dalam kelasnya.
Pelajar pula boleh terus membincangkannya topik terbabit atau berbincang dengan rakan sekolah yang lain.
Subjek memerlukan penggunaan visual misalnya mampu dimanfaatkan melalui laman web sosial yang memiliki aplikasi perkongsian foto seperti Sains atau Geografi.
Cikgu yang mengajar subjek itu boleh memindah turun beberapa foto haiwan untuk pelajar mengkaji habitat dan meminta memindah turun foto haiwan yang memiliki sifat sama seperti imej dilampirkan cikgu tadi.
Pembelajaran sebegini boleh digunakan sebagai kaedah terbaru dalam pendidikan menggunakan inovasi sedia ada sekali gus membangunkan keterbukaan minda pelajar dan cikgu.

0 komentar:
Posting Komentar