Kamis, 21 Agustus 2008

Pesawat ringan terhempas di Setiu


Pesawat ringan yang dilaporkan hilang ketika dalam latihan penerbangan petang semalam ditemui terhempas di hutan Bukit Bidong, Setiu, Terengganu pagi ini menyebabkan seorang juruterbang pelatih terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Bangkai pesawat berkenaan ditemui pada pukul 7.15 pagi di lereng bukit kira-kira 100 meter dari lapang sasar Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas kira-kira dua jam operasi berkenaan disambung pada pukul 5.30 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, juruterbang yang terbunuh ialah Mohd. Ariff Ahmad Fuad, 20, dari Sungai Buloh, Selangor manakala Mohd. Farid Abdullah, 21, dari Subang Jaya, Selangor cedera di muka dan patah kaki kiri.

Menurut beliau, Mohd. Ariff dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sejurus pesawat terhempas manakala Mohd. Farid pula ditemui kira-kira lapan meter dari bangkai pesawat berkenaan dalam keadaan berlunjur dan meminta tolong.

''Mohd. Ariff ketika ditemui masih berada di tempat duduk pesawat, namun tidak dapat dipastikan tempat duduk juruterbang atau penumpang kerana kedudukan kerusi telah beralih.

''Ini kerana bahagian kokpit hancur manakala ekor tercabut dan terpelanting ke hadapan pesawat," ujarnya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat pagi ini diketuai Supritendan Zahri Hassan melibatkan anggota polis, 13 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), empat anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta orang kampung.

Katanya, bangkai pesawat itu ditemui di lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 38 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tempat ia berlepas untuk latihan penerbangan sebelum dilaporkan hilang kira-kira pukul 4.40 petang semalam.

''Anggota PGA yang mula-mula menjumpai bangkai pesawat itu menyentuh tubuh Mohd. Ariff dan mendapati ia sejuk sebelum mendengar suara lemah meminta tolong dari arah kiri pesawat.

''Selepas diperiksa, jeritan itu adalah dari Mohd. Farid yang duduk membelakangkan pesawat," ujarnya.

Beliau memberitahu, keadaan lereng bukit yang curam itu menyukarkan usaha mencari dan membawa keluar mangsa dari kawasan hutan itu.

Jelasnya, mangsa yang cedera dikeluarkan dari lokasi kemalangan dan diterbangkan dengan pesawat Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan.

Mayat Mohd. Ariff juga dihantar ke HSNZ untuk bedah siasat.

Menurutnya, bangkai pesawat milik sekolah penerbangan HM Aerospace Sdn. Bhd. berpangkalan di Langkawi, Kedah itu akan diserahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam untuk siasatan lanjut.

1 komentar

  1. KABAR BAIK!!!

    Nama saya Aris Mia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu untuk Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran dimuka, tetapi mereka adalah orang-orang iseng, karena mereka kemudian akan meminta untuk pembayaran biaya lisensi dan biaya transfer, sehingga hati-hati dari mereka penipuan Perusahaan Pinjaman.

    Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, saya telah tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman online. Saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan digunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal disebut Ibu Cynthia, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari Rp800,000,000 (800 juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres dan tingkat bunga hanya 2%.

    Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya diterapkan, telah dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

    Karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan menghubungi dia melalui email nyata: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan oleh kasih karunia Allah ia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda menuruti perintahnya.

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan Sety yang memperkenalkan dan bercerita tentang Ibu Cynthia, dia juga mendapat pinjaman baru dari Ibu Cynthia, Anda juga dapat menghubungi dia melalui email-nya: arissetymin@gmail.com sekarang, semua akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya bahwa saya kirim langsung ke rekening mereka bulanan.

    Sebuah kata yang cukup untuk bijaksana.

    BalasHapus


Top