Sabtu, 23 Agustus 2008

Kedah Juara Tiga Piala


Kedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-82 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Kejayaan itu sekali gus menjulang Kedah untuk terus mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu Juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat dua musim berturut-turut.


Di samping itu, ia merupakan kali keempat Kedah menjulang Piala Malaysia selepas melakukannya pada 1990, 1993 dan 2007.

Lebih manis, kejayaan Kedah itu dicipta di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton.

Kejayaan gemilang ini turut dilihat sebagai hadiah perpisahan paling bermakna buat Marlon, Nelson dan Cornelius Bernard Huggins ekoran larangan terhadap khidmat pemain asing mulai musim depan.

Marlon dan Nelson menyeksa Selangor dengan dua gol dalam tempoh dua minit mulai minit ke-30 disusuli Fadly pada minit ke-38 sementara Selangor membuka jaringan menerusi pemain import dari Liberia, Frank Seator, minit ke-17 sebelum Safee Sali cuba merapatkan jurang kedudukan pada minit ke-77.

Anak didik Azraai Khor Abdullah turut menyekat hajat Gergasi Merah Kuning bimbingan Dollah Salleh untuk menebus dendam kekalahan 3-2 pada perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam, 21 Jun lalu.

Related Posts

  • Harga Petrol TurunKerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter…
  • RM46j duit raya TerengganuKerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan RM46.594 juta sebagai bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena H…
  • Pesawat ringan terhempas di SetiuPesawat ringan yang dilaporkan hilang ketika dalam latihan penerbangan petang semalam ditemui terhempas di hutan Bukit B…
  • Kedah Juara Tiga PialaKedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir…
  • UM lahirkan lebih 120,000 graduanKonvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-47 di Dewan Tunku Canselor (DTC), Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan 6,95…

0 komentar:

Posting Komentar