Selasa, 19 Agustus 2008

Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2008


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan meraikan para peserta dan juri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada majlis makan tengah hari di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Seri Paduka yang diiringi Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud tiba di Restoran Ulik Mayang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.


Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Majlis tersebut meraikan sebanyak 80 peserta yang terdiri daripada 49 qari dan 31 qariah dari 49 buah negara yang mengambil bahagian dalam majlis tilawah tersebut.

Kira-kira 15 juri tilawah dari 12 buah negara untuk tilawah kali ini turut diraikan di majlis tersebut.

Tuanku Mizan turut mencemar duli bersalaman dengan peserta-peserta sebelum berangkat pulang dari majlis berkenaan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang menyambut jubli emas tahun ini diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini sehingga 25 Ogos ini.

Majlis tahun ini adalah pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur sejak ia diperkenalkan pada 1960.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM15,200 beserta piala dan sijil kepada juara manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM11,400 dan RM7,600.

Related Posts

  • Harga Petrol TurunKerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter…
  • Pengambilan Guru KPLI dikurangJumlah pengambilan guru bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dikurangkan berikutan keputusan kerajaan memben…
  • Pesawat ringan terhempas di SetiuPesawat ringan yang dilaporkan hilang ketika dalam latihan penerbangan petang semalam ditemui terhempas di hutan Bukit B…
  • RM46j duit raya TerengganuKerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan RM46.594 juta sebagai bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena H…
  • Kedah Juara Tiga PialaKedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir…

0 komentar:

Posting Komentar