Selasa, 26 Agustus 2008

Pantang Larang Melayu Jawa

Pantang larang Melayu keturunan Jawa yg tak dapat di terima oleh akal manusia... adakah anda setuju?

1- Tak baik cium tangan budak kecik sebab nanti bila besar jadi orang
yang suka meminta-minta.

2- Masa mengandung tak baik duduk kat tunggul (akar pokok) takut masa bersalin
nanti susah baby nak keluar takut melekat cam tunggul tu gak.

3- Pernah dengar lagu jalil hamid pasal ayam? banyak part ayam yang tak
dibenarkan makan oleh org2 tua seperti jangan makan tongkeng ayam nanti mulut
tak reti diam(murai). Jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng.
Jangan makan kepak ayam nanti kahwin dpt org jauh.

4- Pantang larang nie im takut sangat masa kecik2 dulu. Bila makan kaki jangan
suka digoyang-goyang(terutamanya makan atas meja) nanti kakinya kene ikat
dengan setan. Nenek im yg cakap cam tu, pastu im cakap kalau setan ikat takpeh
boleh bukak sendiri(kes melawanlah nie), nenek im cakap setan ikat mana nak

nampak tali tu sebab setan kan ghaib, bila takleh bukak jadi lumpuh baru tau.
hehehehe. masa tu baru terfikir seram gak.

5- Budak kecil (baby) tak boleh diberi bunga nanti makan najis (tahi). ??

6- Jangan pukul org dengan penyapu nanti sial (yang kena pukul).

7- Pantang larang ni macam keterlaluan sikit mungkin ader unsur2
khurafatlah. Tak boleh buat kenduri kahwin pada hari dimana hari tersebut
jatuh pada hari keluarga terdekat meninggal dunia. Cth kalau mak kita
meninggal dunia hari ahad tak boleh buat kenduri kahwin hari tersebut sampai
bila2 takut nanti ader bala yang menimpa. Lagi satu tak boleh buat kenduri @ apa2 keramaian pada bulan safar, takut bala menimpa.

8- Tak boleh kahwin ngan jiran yang dapur rumahnya mengadap antara satu sama
lain nanti jodoh tak panjang.

* Sepertimana diceritakan oleh seorang warga keturunan Melayu Jawa

Related Posts

  • Planet Utarid kian kecilAgensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa) mendakwa Utarid yang juga planet terkecil dalam s…
  • E-Mel terbaru daripada Yahoo! (@ymail.com & @rocketmail.com)Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo! Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail…
  • Senyum kambingBapaMan: Bapa aku hebat. Dia polis.Semua orang takut ngan dia.Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tund…
  • Lawok Ganu KiterSalang sejahtera seme,Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade nia…
  • Keusahawanan kerana tiada pilihan?Pertengahan tahun ini akan menyaksikan graduan-graduan baru akan menamatkan pengajian sama ada dari universiti tempatan …

0 komentar:

Posting Komentar