Minggu, 17 Agustus 2008

Bagaimana manusia diklon?

Baru-baru ini saintis dari Institut Roslin, Edinburgh, Scotland yang diketuai oleh doktor Ian Wilmut menghebahkan kejayaan paling cemerlang mereka, menghasilkan klon seekor birir-biri daripada sel biri-biri dewasa, masyarakat dunia menjadi gempar. Juga bukan kerana biri-biri baru tersebut tetapi kerana kaedah yang sama tidak mustahil diaplikasikan kepada manusia. Makhluk paling berakal, paling baik ciptaannya di atas muka bumi Tuhan ini.

Maka benarlah seperti apa yang ditulis dalam Majalah Times keluaran 10 Mac 1997. Inilah isu sejagat yang paling hebat dalam sejarah kewujudan manusia dan juga sejarah kajian para pemikir sains semenjak kewujudan tamadun awal mausia itu sendiri. Bila manusia hari ini sudah mampu menghasilkan manusia. Berikut ialah cara-cara bagaimana manusia diklon :-

1.Sel daripada manusia Ayang hendak diklon diambil yang mengandungi semua data genetiknya. Ia diletakkan ke dalam kultur dengan kandungan nutrien yang rendah supaya ia berhenti membahagi dan mendormankan gen-gennya. Ovum diambil daripada manusia B (penderma ovum). Ovum manusia B yang tidak subur diambil dan semua DNAnya disedut keluar.

2.Kedua-dua sel iaitu sel daripada manusia A dan ovum telur diletakkan berdekatan. Denyutan elektrik pertama diberikan untuk menggabungkan sel DNAmanusia A dengan bahan-bahan genetik manusia B yang telah dibuang DNAnya. Denyutan elektrik kedua diberikan untuk memulakan bahagian sel dan menghasilkan embrio. Embrio ini kemudian diletakkan ke dalam rahim ibu tumpang manusia C. Apabila cukup bulan klon manusia A akan dihasilkan oleh manusia C.

0 komentar:

Posting Komentar


Top