Umumnya karisma adalah sesuatu unsur yang membuatkan kita percaya bahawa sesorang individu itu adalah orang yang berkelayakan, berilmu, pakar dan tulus ikhlas. Dengan kata lain, karisma merujuk kepada sesuatu yang sangat positif. Salah satu cara untuk bersaing adalah dengan membina karisma diri.
BINA KARISMA
Bagaimana membina karisma diri?
1. ILMU ATAU PAKAR - Ilmu pengetahuan dan kepakaran adalah unsur utama dalam membina karisma. Jika anda diundang untuk bercakap mengenai sesuatu topik itu tetapi anda tidak mahir, tentulah anda tidak akan dapat menyampaikan dengan baik dan gagal mempengaruhi orang lain.
2. UNSUR KEIKHLASAN - Anda juga harus menunjukkan bahawa anda ikhlas dan tulus jika ingin menyakinkan orang lain. Jika tidak, anda pasti tidak dipercayai sesiapa pun.
3. IMEJ DIRI - Anda harus mempunyai penampilan yang meyakinkan atau dengan kata lain nampak 'presentable'. Imej begitu penting kerana ia menjadi tanggapan pertama terhadap anda.
TIP untuk membina karisma diri :
1. Lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan atau maklumat mengenai apa yang akan disampaikan.
2. Gunakan bahasa yang kemas dan tersusun.
3. Tutur kata elok tersusun, menggunakan gaya bercakap yang dinamis dan sangat berkeyakinan.
4. Jangan campur adukkan bahasa ketika bercakap.
5. Pakaian kemas dan sopan.
6. Senyum.
7. Tonjolkan diri sebagai orang yang bertenaga, penuh semangat dan aktif.
8. Gaya berjalan, duduk dan berdiri juga harus diberi keutamaan.
9. Ikhlas dan tulus.
10. Mahu tahu sama ada anda berkarisma atau tidak?
- Jika anda tampil di tengah-tengah khalayak, orang yang berada di sana seolah-olah tahu bahawa anda adalah orang yang pandangan dan pendapatnya harus didengar. Mereka akan meminta pendapat anda sebelum membuat tindakan.

0 komentar:
Posting Komentar