Sabtu, 30 Agustus 2008

Bas Bandar - Kuala Terengganu


Setiap bandaraya utama di dunia memiliki bas bandarnya sendiri untuk membawa pelancong menikmati keindahan.

Jika Kuala Lumpur bangga dengan KL Hop-On Hop-Off, London dengan bas dua tingkat, Paris dengan bas tanpa bumbung, Bandaraya Kuala Terengganu tidak kurang hebatnya.

Ini kerana bas bercirikan istana Kesultanan Melayu lama telah memulakan operasi di bandaraya ini sejak setahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Pelancongan, Kesenian dan Warisan dan negeri, Datuk Za‘abar Mohd. Adib berkata, ia kini menjadi daya tarikan baru pelancongan di bandaraya ini.

“Sambutan pelancong terhadap bas bercirikan istana Melayu lama ini turut menyemarakkan Tahun Melawat Terengganu 2008,” katanya.

Katanya lagi, bas tersebut beroperasi setiap hari bermula 6 pagi hingga 10 malam untuk membawa penumpang mengelilingi sekitar Kuala Terengganu.

Beliau berkata, antara kawasan yang dilalui ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Pusat Kraftangan di Chendering, Pasar Kedai Payang, Istana Maziah dan juga Muzium Negeri Terengganu.

Bas tersebut turut melewati Batu Bersurat yang terletak di Bulatan Jalan Sultan Sulaiman di sini.

Bagi penumpang yang ingin menaiki bas ini, mereka boleh menunggu bas bandar ini di Dataran Shahbandar.

Bas ini juga turut dihiasi ukiran kayu dan corak batik pada bahagian dalam manakala di bahagian luar pula, dihiasi kayu berukir.

Tempat duduk diperbuat daripada kayu membuatkan penumpang seolah-olah berada di taman bunga dan bukannya berada di dalam bas.

0 komentar:

Posting Komentar


Top