Kecoh! Pocong muncul di Kemaman. Di Kampung Baru Kemasik, Kemaman, Terengganu, khabarnya, ada jelmaan menyerupai mayat berkapan telah muncul di kampung itu. Orang kampung menggelarnya, Hantu Pocong.
Menurut maklumat dari orang kampung, pocong tersebut menjelma ketika jarum jam semakin hampir ke pukul 12.00 tengah malam. Ia berdiri di bawah lampu, kemudian mundar-mandir di jalan yang lengang.
Peristiwa seram itu telah disaksikan oleh dua orang pemuda yang sedang bermain gitar. Dari situlah cerita jelmaan pocong heboh diperkatakan di Kampung Baru Kemasik. Akibatnya, penduduk kampung itu takut untuk melintasi jalan tersebut apabila jam 12.00 tengah malam sehinggalah sekarang ini.
Dua orang pemuda yang melihat pocong itu berkata, ketika sedang asyik bermain gitar, salah seorang daripada mereka terpandang satu lembaga berhampiran lampu jalan, kira-kira 30 meter dari tempat mereka berada. Badannya putih seperti mayat berkapan, ia bergerak ke kiri dan kanan jalan, sementara kakinya tidak mencecah tanah!
Maklumat yang tersebar seterusnya ialah, dikatakan ada diantara orang kampung tersebut yang pintu rumah mereka diketuk lembaga menakutkan itu.
0 komentar:
Posting Komentar