Kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa jam 12 tengah malam 23 Ogos 2008.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam selaras penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu lalu dan bagi mengimbangi kenaikan kadar inflasi.
"Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga baru petrol dan ia dibuat dengan mengambil kira harga sebenar daripada 1 hingga 21 Ogos lalu serta penetapan subsidi 30 sen seliter bagi kedua-dua RON97 dan RON92.
"Berdasarkan harga diesel RM2.50 seliter pula, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk diesel ialah 50 sen seliter," katanya dalam kenyataan empat perenggan dikeluarkan pejabatnya, di sini petang semalam.
Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan berharap penurunan harga petrol dan diesel itu dapat membantu mengurangkan beban pengguna sekali gus meredakan tekanan inflasi, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Semalam, Jabatan Perangkaan mengumumkan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi angka tunjuk utama inflasi, meningkat kepada 8.5 peratus bagi bulan lalu, berbanding 7.7 peratus pada Jun dan 3.8 peratus sebulan sebelumnya.
- Bernama

0 komentar:
Posting Komentar