Minggu, 15 Juni 2008

Apa itu Bluetooth?

BLUETOOTH merupakan teknologi rangkaian tanpa wayar yang dinamakan sempena nama Harald Bluetooth, bekas Raja Denmark yang terkenal kerana sentiasa membantu rakyatnya berkomunikasi.

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan Denmark dan Norway.

Dari segi teknologinya, Bluetooth berfungsi menghubungkan hubungan dua hala pelbagai peralatan elektronik untuk jarak dekat iaitu kurang daripada 10 meter.

Teknologi tanpa wayar ini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan telefon dengan telefon, telefon dengan set kepala tetapi juga pelbagai peralatan lain.

Misalnya ia boleh menghubungkan komputer dengan pencetak, komputer dengan telefon, komputer dengan PDA (alat bantuan digital) dan sebagainya.

Teknologi rangkaian Bluetooth adalah selamat kerana ia menggunakan signal radio yang 1,000 kali lebih rendah daripada teknologi tanpa wayar yang digunakan telefon bimbit masa kini.

Ia juga adalah selamat kerana apabila sambungan dibuat tiada siapa dapat mencuri dengar apabila anda menggunakannya .

Bagi set kepala yang disambung kepada telefon, ia menggunakan peraturan yang dikenali sebagai `pairing' atau `pemadanan'.

0 komentar:

Posting Komentar


Top