SETIAP manusia, melainkan nabi dan rasul mempunyai kesilapan dan tidak terhindar daripada melakukan dosa. Justeru, bagi menebus kesilapan itu, sekali gus meletakkan diri pada jalan yang diredai, Islam mengajar umatnya supaya segera memohon keampunan dan bertaubat.
Allah mengajarkan kita cara bertaubat, sebagaimana terangkum dalam al-Quran, bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami menganiayai diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi.” (al-A'raf:23)
Satu syarat bertaubat ialah menyesal atas perbuatannya yang salah. Tetapi orang tidak akan menyesal sekiranya dia sendiri tidak menyedari apa yang dilakukannya itu salah. Oleh itu, orang yang berasa dirinya banyak dosa jauh lebih baik jika dibandingkan dengan orang yang merasai dirinya sudah banyak pahala.
Ini kerana apabila merasakan diri banyak dosa, dia akan segera bertaubat, tidak henti-henti memohon keampunan, malah tekun mentaati Allah, manakala yang sudah merasakan banyak pahala selalunya berasa diri berada dalam keselamatan, lalu tidak mahu memohon keampunan.
Seseorang yang berdukacita dan menangis kerana menginsafi banyak keburukan pada diri sendiri lebih utama dibandingkan dengan orang yang bangga dengan amal ibadat dan kebaikan yang sudah dikerjakan.
Aa Gym, iaitu seorang pendakwah terkenal di Indonesia, dalam bukunya “Ingat Tuhan Sampai Mati” ada menyatakan: “Rezeki terbesar daripada Allah adalah pada masa kita mulai berani jujur melihat kekurangan diri sendiri. Oleh itu, cemburulah apabila melihat orang yang berdosa kemudiannya insaf dan bertaubat, kerana itu lebih baik daripada ahli masjid, tetapi mulai megah dengan amalannya.”
Menurutnya, sering kali individu yang bertaubat tidak membawa sebarang perubahan, malah pada zahirnya bertaubat, namun maksiat tetap dilakukan.
“Kita mengerjakan solat, namun kita tidak dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan mungkar. Masakan tidak, taubat yang kita lakukan tidak berada pada landasan yang benar dan kuat,” katanya.
Justeru, beliau menekankan, bagi melakukan taubat yang berkesan, sepatutnya diawalkan dengan dua landasan utama, iaitu menyedari Allah maha melihat baik yang zahir mahupun yang tersembunyi dan menyedari dosa membawa bencana.
Orang yang bertaubat mempunyai beberapa tingkatan, iaitu taubat orang awam, taubat orang khusus dan taubat orang khusus bil khusus.
# Taubat orang awam - Hanya untuk dosa besar, tetapi individu terbabit masih tidak terlepas daripada dosa kecil. Dalam erti kata lain, dia hanya menyedari terhadap dosa besar, manakala dosa kecil dipandang ringan dan tidak berusaha meninggalkannya.
# Taubat orang khusus - Orang ini turut bertaubat daripada dosa kecil.
# Taubat orang khusus bil khusus - Individu ini bukan bertaubat kerana maksiat, tetapi kerana kelalaiannya daripada mengingati Allah. Misalnya dia bertaubat kerana gagal melaksanakan solat pada awal waktu. Dia juga bersedih kerana tidak melakukan yang terbaik kepada Allah.
“Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (at-Tahrrim:8)
Taubat diambil daripada perkataan Arab, yang bererti kembali ke jalan asal selepas jauh menyimpang. Bertaubat juga membawa maksud memperbaiki dan memperelokkan diri. Wajar sekali bagi orang Islam memperbaiki diri sendiri terlebih dulu, daripada memperbaiki diri orang lain.
Ciri taubat nasuha ialah menyesal dengan penuh kesungguhan atas kesilapan lalu, kemudian meminta keampunan daripada Allah dengan hati yang ikhlas dan berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapan lalu, malah tidak juga berfikir ke arah maksiat.
Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya 'Mukasyafatul Qulub', dinyatakan beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang itu diterima, antaranya:
# Orang itu kelihatan lebih bersih dan suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri, seolah-olah dia mempunyai tenaga bagi menghalangi dirinya daripada perbuatan dosa.
# Hatinya selalu lapang dan tenang, sama ada ketika bersendirian atau bersama yang lain.
# Dia selalu bergaul dengan orang yang baik. Dia mencari rakan juga di kalangan yang baik-baik. Berada dalam lingkungan manusia yang baik ibarat kita berada dalam benteng yang terpelihara.
# Kualiti amal ibadatnya meningkat. Selain dapat menahan diri daripada perbuatan dosa, kualiti ibadatnya semakin gemilang. Solatnya semakin baik, puasanya cemerlang, malamnya dihidupkan dengan solat tahajud, sedekahnya diperbanyakkan.
# Dia sentiasa menjaga lidahnya. Dia begitu teliti mengikuti perkembangan amalannya. Dia semakin teliti mengendalikan lidahnya, fikiran dan ingatannya supaya dijuruskan kepada Allah semaksimum yang mungkin.

0 komentar:
Posting Komentar