Selasa, 24 Juni 2008

Anda sudah dewasa dan matang bila....

- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh
seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa
tidak sewajar dengan mereka

- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat
perkara yang anda fikir boleh dapat

- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak
dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling
menghalang maksud anda

- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

- Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung
kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan
ragu.

- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak
setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang


- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi
yang benar-benar anda minati

- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu,
tanpa merasa malu

- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih
berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan
negatif

- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya
berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya
dengan lebih sempurna

- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak
merasa senang kerananya

- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

- Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat
tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan
wanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka

- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan
orang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka

Related Posts

  • 10 Alasan Lelaki Takut Kahwin??1.Bertanggapan bahawa komitmen jangka panjang(perkahwinan) akan menjejaskan hubungan mereka dgn orang lain. Read more...…
  • Kata-kata hikmah HAMKATanda cerdik seseorangAdalah pada ucapannyaTanda berani seseorangAdalah pada tindakannyaTanda bijak seseorangAdalah pada…
  • Kesilapan Ibu Bapa Mendidik AnakDalam keghairahan kita mendidik anak-anak..secara sedar atau tidak kita mungkin telah melakukan perkara-perkara yg tidak…
  • Lelaki???1.MENINGGIKAN SUARATahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan eg…
  • Lelaki lebih dominan??Perhatikan di sekeliling anda. Hampir setiap objek yang dilihat, tidak diragui lelaki yang menciptanya. Katil, lampu, te…

0 komentar:

Posting Komentar