Jumat, 20 Juni 2008

Hadapi kawan & lawan dengan wajah tenang

Seorang ahli bijaksana berkata, jika anda ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:

1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.

2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.

3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.

4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.

5. Jangan bersikap pura-pura.


6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.

7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.

8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada ke hormatan diri.

9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.

10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.

11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.

12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

Related Posts

  • Kawan yang baikBukannya senang nak cari kawan yang baik .Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah meng…
  • Motivasi & pemikiran jutawan Melayu1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara seba…
  • Resipi rumahtangga bahagiaBahan-bahannya:2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.1 kg rasa cinta …
  • Perhatikan jari andaPelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari a…
  • Merajuk?Kenapa merajuk?Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak mem…

0 komentar:

Posting Komentar