Jumat, 20 Juni 2008

Pokok menangis di Kuala Terengganu??


Bunyinya pelik, tetapi benar apabila sepohon pokok yang dipanggil pokok pait dikalangan penduduk tempatan dekat tanah perkuburan Masjid Bukit Besar (Masjid Raja), Kuala Terengganu, mengeluarkan air seperti ‘air mata’ sehingga penduduk kampung berebut-rebut mengambil air daripada pokok berkenaan.

Selain itu, pokok yang sudah lima hari mengeluarkan cecair putih berbuih dan manis seakan-akan rasa buah itu turut menarik minat penduduk dari kampung lain untuk merasainya.

Seorang warga emas, Zahara Mohamad, 67, dari Kampung Bukit Besar berkata, pokok itu disedari mengeluarkan air pada hari Sabtu lalu, tetapi ketika itu air yang dikeluarkan pahit dan berbau masam.

“Namun kini air itu sudah manis seakan-akan air nira dan berbau seperti santan.

“Kebiasaannya daun pokok itu dijadikan ubat oleh penduduk kampung, namun khasiat air pokok berkenaan belum diketahui,”katanya.

Azaz Abdul Rahman, 53, dari Kampung Bukit Besar berkata, dia cuba mengambil air itu dan meletakkannya diatas jari sebelum kira-kira sepuluh minit kemudiannya, urat-urat kecil di jarinya timbul.

“Kemungkinan air daripada pokok itu mempunyai khasiatnya tersendiri kerana jika diikutkan, daun pokok itu digunakan penduduk kampung untuk membuat ubat.

Dari segi saintifik, kemungkinan air itu mengalir melalui akar pokok itu dan kita sebagai umat Islam, janganlah mempercayai perkara yang karut marut dan melakukan perkara khurafat. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu yang mustahil bagi pandangan akal manusia.

0 komentar:

Posting Komentar


Top