Kamis, 12 Juni 2008

Rukun dan cara mandi wajid (junub)

Rukun mandi ada 2 perkara:

1. Niat: untuk mengangkat hadas besar seperti junub,haid dan nifas.

Lafaz niat:
"Sahaja saya mengangkat hadas junub/haid/nifas kerana Allah Taala"

2. Membasuh seluruh anggota yang zahir

Wajib meratakan air ke seluruh anggota badan seperti rambut, bulu-bulu yang terdpt pada anggota, kulit telinga yang di sebelah luar, kemaluan perempuan yang zahir di masa ia duduk membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir di masa membuang air besar. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan. Apabila salah satu anggota badan tidak dikenakan air, maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.


CARA-CARA MANDI yang BAIK

Semua amalan ibadat yang nak kita lakukan sekurang-kurangnya mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Telah diriwayatkan oleh Saidatina Aishah lah.a. tentang mandi Rasulullah s.a.w.. Katanya, �Bahawa ketika Nabi s.a.w. mandi junub. Baginda memulakan membasuh kedua-dua tangan baginda. Kemudian, baginda mencurahkan air dan membasuh kemaluan baginda dengan tangan kiri. Seterusnya mengambil wuduk. Kemudian, baginda mengambil air dan menjirusnya ke kepala serta menyelit-nyelit pangkal rambut setelah air meresap ke seluruh pangkal rambut lalu dicurahkan air dari atas kepala sebanyak 3x. Kemudian meratakan air ke seluruh badan. Setelah itu, baginda menjirus bahagian kanan 3x dan bahagian kiri 3x. (Riwayat Bukhari & Muslim)


Bagi perempuan yang mandi wajib haid, disunatkn menggunakan sedikit kasturi atau benda yang agak wangi(halal) sedikit untuk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yang tidak elok dengan cara meletakkan wangian itu di atas kapas dan memasukkannya ked lm faraj(kemaluan), sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
"Ambillah sedikit dari kasturi kemudian bersihkan dengannya."

Related Posts

  • Zikir terapi jiwaIbadat yang sangat dianjurkan Islam kepada umatnya dalam kehidupan seharian ialah berzikir kepada Allah. Jika ditinjau s…
  • Kriteria Umum Seorang Suami PilihanKriteria yang pertama adalah keutamaan kepada yang baik agamanya. Ini diukur kepada akidahnya dan bagaimana dia beramal …
  • Jauhi rasuahRasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang per…
  • Solat tengah malamSyeikh Muhammad Solih al-Munajjid menjelaskan, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk …
  • Jaga lidah bila bercakapKeupayaan lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati.Lidah hendaklah di…

0 komentar:

Posting Komentar