Senin, 30 Juni 2008

Jodoh kita - cepat atau lambat?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke
seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org
jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah
terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia
itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh
asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa
lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat
ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan
itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya
apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa
pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti
untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga
biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan
jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh
di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang
dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan
bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab
ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul
untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya,
tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin
tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang
terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal
melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri
tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu
untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum
bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia
untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan
tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang
benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi
yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan
Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh
usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun
perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah
sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita
pelangi keesokan harinya.."

0 komentar:

Posting Komentar


Top