Selasa, 17 Juni 2008

8 Sebab Si Tampan Masih Single?

Tidak semua jejaka tampan yang kacak sudah berpunya. sebaliknya masih ramai yang single. Kamu tentu tertanya-tanya mengapa sehingga kini jejaka ini masih single, sedangkan ramai peminat perempuan yang ingin mendekatinya. Rupa ada, kerjaya tetap yang baik dan segalanya-galanya. Namun mungkin ada sebab-sebabnya, Kenapa? kami akan akan membongkar 8 sebab berikut:-

1. Terlalu jual mahal
kebiasaannya orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka. Keegoaannya agak tinggi, Mungkin si tampan merasakan dirinya digilai ramai. Petik sahaja jari 10 yang datang. Kononya mahu pilih yang terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

2. Persepsi sukar di dekati
Perempuan biasanya menganggap si jejaka tampan agak sukar untuk didekati, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang merebut cintanya. Apbila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna sampai ke tua lah si tampan membujang.

3. Maintenance tinggi
Kebiasaan lelaki kacak ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi. pakaian, minyak wangi, jam tangan, semunya mahu berjenama dan ada kalanya mencecah ratusan tinggi, takutlah perempuan yang dekati. Bimbang kpak duit nak beli hadiah hari jadi

4. pernah dikecewakan
Oleh kerana sudah serik bercinta si jeaka tampan lebih bahagia bersendirian. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta. Namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik dendiri daripada menderita kerana cinta.

5. Mencari pasangan ideal
Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. orang tampah pastinya mencari irang yang cantik juga. Namun harus di ingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan, Akurlah pada jodoh yang datang.

6. Terlalu banyak Pilihan
Aduh.. pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang tampanlah dikatakan sering dikerumuni dengan bermacam-macam jenis perempuan. kalau pilih yang sana, disini akan terluka. kalau pilih disini, disana pula yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadilah single sehingga ke hari ini.

7. Terlalu komited dengan kerjaya
Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. orang tampan biasanya berfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerja menjadi nombor satu. namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. Sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lali dengan kerja sehingga ke hari ini masih lagi sendiri,

8. Gosip terlalu banyak
Orang yang tampan selalu menjadi buah mulut pemerhati, walaupun si tampan keluar hanyalah dengan kawan perempuan, pastinya gosip akan cepat tersebar dan seterusnya menjatuhkan saham lelaki tampan. Pelbagai gosip dan persepsi pandangan pemerhati yang tidak benar, seperti si tampan sudah berpunya, mempunyai ramai perempuan, ini akan menyebabkan saham si tampan jatuh dan si tampan hidup keseorangan.

0 komentar:

Posting Komentar


Top