Kamis, 28 Agustus 2008

MSG menambah berat badan?

Golongan yang menggunakan monosodium glutamate atau MSG sebagai penambah perisa dalam makanan mereka lebih berisiko tinggi berdepan masalah berat badan berlebihan atau obes berbanding mereka yang tidak mengambilnya walaupun melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan kalori sama.

Penyelidik di Universiti Carolina Utara dan di China mengkaji lebih 750 lelaki dan wanita Cina, berusia antara 40 dan 59 tahun, di tiga kampung terpencil di utara dan selatan negara itu. Majoriti peserta kajian menyediakan masakan di rumah tanpa makanan yang diproses secara komersial.

Kira-kira 82 peratus peserta menggunakan MSG dalam makanan mereka. Peserta yang menggunakan bahan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan, berdasarkan jumlah MSG yang diambil. Kumpulan ketiga yang menggunakan paling banyak MSG berisiko hampir tiga kali ganda memiliki berat badan berlebihan berbanding kumpulan yang tidak mengambil bahan itu.

"Kajian ke atas haiwan sudah lama menunjukkan bahawa MSG mungkin berkaitan dengan pertambahan berat badan. Kajian kami adalah yang pertama menunjukkan kaitan antara penggunaan MSG dan berat badan pada manusia," kata Profesor Pemakanan dan Epidemiologi di Jabatan Kesihatan Awam Universiti Carolina Utara, Ka He.


Disebabkan MSG digunakan sebagai penambah perisa dalam kebanyakannya makanan yang diproses, mengkaji kesannya ke atas manusia sukar dilakukan. Beliau dan pasukannya memilih mengkaji peserta yang tinggal di pedalaman China kerana mereka tidak banyak menggunakan makanan diproses secara komersial tetapi kerap menggunakan MSG dalam penyediaan makanan. "Kami mendapati kelaziman berat badan berlebihan lebih tinggi di kalangan pengguna MSG berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kami melihat risiko ini walaupun mengawal aktiviti fizikal, pengambilan kalori dan kemungkinan penjelasan lain bagi jisim tubuh berbeza.

"Kaitan positif antara pengambilan MSG dan berat badan berlebihan konsisten dengan data kajian ke atas haiwan," kata He.

Ketika peratusan penduduk memiliki berat badan berlebihan dan obes di seluruh dunia semakin meningkat, He berkata, petunjuk punca fenomena itu mungkin lebih penting.

Related Posts

  • Punca Isteri Sukar MengandungZaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun …
  • Sakit pedih hulu hatiRamai antara kita mungkin pernah mengalami masalah S, iaitu terasa perit seakan terbakar di belakang tulang dada yang me…
  • Kegemukan & Risiko Mati AwalKEGEMUKAN merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di seluruh dunia.Masalah terse…
  • Diet Pemakanan Untuk Jenis Darah BerbezaDiet untuk darah jenis APemilik jenis darah A disaran mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandu…
  • Penyakit kulit Ekzema AtopikPENYAKIT kulit mungkin dianggap tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Namun, kehadirannya tetap meresahkan dan membuat b…

0 komentar:

Posting Komentar