Tampilkan postingan dengan label Kesihatan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kesihatan. Tampilkan semua postingan

Kamis, 28 Agustus 2008

MSG menambah berat badan?

MSG menambah berat badan?

Golongan yang menggunakan monosodium glutamate atau MSG sebagai penambah perisa dalam makanan mereka lebih berisiko tinggi berdepan masalah berat badan berlebihan atau obes berbanding mereka yang tidak mengambilnya walaupun melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan kalori sama.

Penyelidik di Universiti Carolina Utara dan di China mengkaji lebih 750 lelaki dan wanita Cina, berusia antara 40 dan 59 tahun, di tiga kampung terpencil di utara dan selatan negara itu. Majoriti peserta kajian menyediakan masakan di rumah tanpa makanan yang diproses secara komersial.

Kira-kira 82 peratus peserta menggunakan MSG dalam makanan mereka. Peserta yang menggunakan bahan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan, berdasarkan jumlah MSG yang diambil. Kumpulan ketiga yang menggunakan paling banyak MSG berisiko hampir tiga kali ganda memiliki berat badan berlebihan berbanding kumpulan yang tidak mengambil bahan itu.

"Kajian ke atas haiwan sudah lama menunjukkan bahawa MSG mungkin berkaitan dengan pertambahan berat badan. Kajian kami adalah yang pertama menunjukkan kaitan antara penggunaan MSG dan berat badan pada manusia," kata Profesor Pemakanan dan Epidemiologi di Jabatan Kesihatan Awam Universiti Carolina Utara, Ka He.

Disebabkan MSG digunakan sebagai penambah perisa dalam kebanyakannya makanan yang diproses, mengkaji kesannya ke atas manusia sukar dilakukan. Beliau dan pasukannya memilih mengkaji peserta yang tinggal di pedalaman China kerana mereka tidak banyak menggunakan makanan diproses secara komersial tetapi kerap menggunakan MSG dalam penyediaan makanan. "Kami mendapati kelaziman berat badan berlebihan lebih tinggi di kalangan pengguna MSG berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kami melihat risiko ini walaupun mengawal aktiviti fizikal, pengambilan kalori dan kemungkinan penjelasan lain bagi jisim tubuh berbeza.

"Kaitan positif antara pengambilan MSG dan berat badan berlebihan konsisten dengan data kajian ke atas haiwan," kata He.

Ketika peratusan penduduk memiliki berat badan berlebihan dan obes di seluruh dunia semakin meningkat, He berkata, petunjuk punca fenomena itu mungkin lebih penting.
Kelebihan Buah Kurma

Kelebihan Buah Kurma

Apa ada pada buah kurma? Ramai mengetahui rupa buah kurma tetapi tidak mengetahui khasiat disebaliknya dari sudut agama... .

1) Buah kurma membantu mencerdaskan minda

2) Buah kurma mampu membantu hilangkan kelaparan

3) Buah kurma mempunyai vitamin yang diperlukan oleh badan

4) Buah kurma boleh membantu penghadaman

5) Ketika berbuka puasa, kita disunatkan memakan buah kurma terlebih dahulu seperti yang diamalkan oleh Nabi s.a.w

6) Buah kurma juga mampu membekalkan tenaga secukupnya yg diperlukan oleh badan manusia...

Sungguhpun ada diantara ada mengetahui khasiatnya, namun adakah anda mengamalkannya... ... .

Kelebihan yang terdapat pada buah kurma juga lebih kurang sama dengan kelebihan memakan kismis

Rabu, 27 Agustus 2008

Pewangi Ketiak Berisiko Kanser

Pewangi Ketiak Berisiko Kanser

Wanita dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan deodoran atau pewangi ketiak kerana saintis menemui kaitannya dengan barah payu dara.

Paras tinggi aluminium, yang membentuk 90 peratus daripada bahagian anti-peluh kebanyakan produk, ditemui dalam tisu payu dara pesakit barah yang menjalani prosedur mastektomi.

Elemen itu dikaitkan dengan penyakit berkenaan oleh kajian terdahulu. Saintis sebelum ini memberi amaran bahawa aluminium boleh diserap menerusi kulit, terutama selepas ketiak dicukur.

Sebaik berada di dalam tubuh, ia mungkin meniru hormon oestrogen, yang diketahui terbabit dalam perkembangan dan kemajuan barah payu dara.

Penyelidik mendapati paras tinggi aluminium di bahagian bawah ketiak payu dara berbanding bahagian lain pada 17 pesakit.

Bagaimanapun, saintis berkata mereka gagal membuktikan wujudnya kaitan langsung antara kehadiran lebihan aluminium dan penggunaan antipeluh. Elemen itu mungkin datang dari sumber lain, kata mereka.

– Agensi

Selasa, 26 Agustus 2008

Tips diet yang berkesan

Tips diet yang berkesan

1. Amalkan mkn mlm sblm jam 7.00 mlm. Elakkan mengambil makanan yg berat kerana kadar metabolisme yg rendah pd waktu mlm akan menyebabkan makanan disimpan sbg lemak

2. Jgn mudah terpedaya iklan - iklan merampingkan badan @ produk2 pil kurus. Kebanyakaknnya indah khbar dr rupa. Duit hbs, badan ttp jg naik.

3. Dptkan ansihat Dr sblm membuat keputusan membeli produk diet yg bnyk terdpt di pasaran dan farmasi. Pandangan Dr adalah lebih selamat.

4. Turun 1 kg sebulan secra ttp adalah lbh baik drpd turun berat bdn secara drstik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinana berat bdn anda akan naik secara mendadak semula.

5. Rajinkan diri melakukan senaman seperti sit up. Jika mampu, berkunjunglah ke gim berdekatan. Senaman membentuk otot yg sihat dpt membakar lemak.

6. Positifkan diri. Buatlah target bdn yg realistik dan perancangan yg sesuai. Jgn memaksa diri mencapai perkara yg tdk logik dlm masa yg singkat.

7. Jgn asyik menimbang berat bdn. Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan. cara plg fleksibel ialah menimbang berat bdn tdk lbh sekali dlm seminggu.

8. beri penghargaan utk diri sendir. Beri ganjaran pd diri sendiri jika matlamat tercapai. Cnthnya, mkn satu bar coklat yg sedap. Jgn risau sekali tdk mengapa!

Selamat Mencuba..

Senin, 25 Agustus 2008

Perbezaan Jenis-Jenis Demam

Perbezaan Jenis-Jenis Demam

Boleh dikatakan semua orang pernah demam dan kemungkinan besar akan demam lagi dalam hidup mereka kelak. Demam menjadi antara perkara yang perlu dilalui semua individu yang pernah mengalami jangkitan kuman atau penyakit tertentu.

Sememangnya kebanyakan kes demam melibatkan demam biasa yang jarang sekali mengancam nyawa. Namun, bila sahaja disebutkan terdapat penularan kes demam denggi, malaria, chikungunya atau kepialu, ramai pula yang cuak dan khuatir diri menghidap demam yang berbahaya.

Rasa khuatir sebegini timbul akibat rasa cemas yang ditambah kurangnya kefahaman tentang penyakit tersebut. Di sini, tindakan sewajarnya adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada pakar perubatan, media dan juga Internet supaya punca demam yang dihadapi dapat ditangani sewajarnya.

* Membezakan

Demam sememangnya satu kebiasaan tetapi kita sebagai manusia biasa, yang pasti akan demam berulang kali lagi kelak, perlu juga membiasakan diri dengan maklumat dan cara membezakan demam yang biasa atau yang berbahaya. Demam itu sendiri bukanlah penyakit tetapi simptom (petanda) kepada sesuatu penyakit atau jangkitan kuman hasil tindak balas semula jadi badan mempertahankan diri. Maka, secara dasarnya, demam, seperti juga cirit-birit, adalah salah satu bentuk pertahanan badan terhadap jangkitan kuman atau toksin.

Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Hospital Pakar Putra Melaka, Datuk Dr. Nor Izham Aziz menjelaskan ciri asas demam adalah peningkatan (sementara) suhu badan melebihi 37°C, mengikut gred tertentu.

“Biasanya, suhu demam adalah antara 38 hingga 40°C, dengan suhu antara 38 dan 39°C dikira sebagai demam gred rendah dan suhu melebihi 39°C sebagai gred tinggi.

“Ubat mungkin perlu diberikan kepada pesakit jika suhu badan melebihi 40°C yang mungkin membahayakan nyawa pesakit,” katanya.

Menurut beliau, suhu demam yang terlalu tinggi atau melebihi 41°C boleh membawa maut kerana enzim di dalam badan tidak boleh berfungsi pada suhu terlalu tinggi.

Dalam membezakan antara demam biasa atau yang berbahaya, Dr. Nor Izham menegaskan tempoh seseorang itu demam lebih penting daripada suhu badan ketika demam.

“Demam biasa cuma bertahan selama beberapa hari. Sebagai contoh, demam akibat jangkitan virus dengan suhu melebihi 40°C selama dua atau tiga hari tidak bahaya.

“Demam melebihi satu minggu pula mungkin berbahaya sementara demam melebihi 14 hari mungkin petanda masalah lebih serius dan berisiko membawa mudarat kepada pesakit,” jelasnya.

Beliau memaklumkan bahawa, jika pesakit mengalami demam kronik yang berpanjangan sehingga berbulan-bulan lamanya, ia mungkin petanda kepada penyakit lebih teruk seperti jangkitan pada jantung (endocarditis), kanser, penyakit sistem imuniti, tibi atau demam kepialu. Demam juga dikatakan menjadi antara tindak balas semula jadi badan menentang sel kanser terutamanya bagi kes kanser buah pinggang, leukemia dan limfoma.

Dr. Nor Izham turut menegaskan demam berbeza dengan hyperthermia (strok haba) yang menyebabkan peningkatan suhu badan akibat suhu persekitaran luar terlalu panas.

“Dalam kes hyperthermia, sumber haba datang dari luar, badan akan kekurangan air dan pesakit akhirnya mungkin maut akibat dehidrasi atau suhu terlalu tinggi untuk enzim badan berfungsi,” jelasnya.

* Mula dan akhir

Menurut Dr. Nor Izham, peningkatan suhu akan menyekat pembiakan kuman (jika jangkitan) dan membolehkan sistem imuniti bertindak membunuh kuman tersebut sebelum ia merebak.

“Demam bermula dengan badan membebaskan bahan dikenali pyrogen yang akan menyebabkan suhu badan meningkat.

“Pyrogen boleh dihasilkan di dalam badan (endogenous) atau datang dari sumber luar (exogenous), seperti dari lipopolisakarid (LPS) pada bakteria,” ujarnya.

Tambahnya, demam akan diiringi ciri-ciri berbeza mengikut puncanya, yang turut menentukan tahap bahaya yang dihadapi pesakit.

Mengambil contoh demam denggi, Dr. Nor Izham menjelaskan pesakit mungkin mengalami kekurangan air akibat muntah, cirit-birit atau pendarahan.

“Kerosakan pada platelet dalam kes denggi membawa kepada pendarahan yang boleh merosakkan buah pinggang, paru-paru dan hati pesakit.

“Di sini kematian berlaku bukan akibat suhu demam yang tinggi, sebaliknya akibat kehilangan cecair badan (air dan darah) melalui dehidrasi dan pendarahan teruk,” katanya.

Kebiasaannya, demam akan berakhir tanpa komplikasi besar dan pesakit akan kembali sihat sepenuhnya selepas berehat beberapa hari. Memandangkan demam membantu pemulihan badan, ia tidak semestinya `dirawat’ kecuali peningkatan suhu berlaku secara mendadak, membahayakan nyawa pesakit atau berpanjangan terlalu lama.

Sebagai antara petanda penting badan yang memaklumkan terdapat kepincangan dalaman, demam juga dapat membantu pemantauan penyakit atau jangkitan, serta sebagai penanda aras keberkesanan rawatan yang diberikan. Perkara utama untuk pesakit yang demam adalah mengelakkan dehidrasi dengan mengekalkan kandungan air badan secukupnya.

* Bahaya pada kanak-kanak

Dr. Nor Izham turut membangkitkan satu risiko besar yang mungkin hadir bersama demam di kalangan bayi dan kanak-kanak.

“Suhu terlalu tinggi atau naik mendadak di kalangan bayi dan kanak-kanak prasekolah meningkatkan risiko berlakunya sawan (tarik).

“Kejadian sawan (tarik) ini biasa dilihat di wad pediatrik setiap bulan. Ia mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula,” ujarnya.

Menurut beliau, kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak.

Namun, beliau menjelaskan risiko sawan akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak.

Dr. Nor Izham memaklumkan kematian atau otak terencat boleh berlaku akibat salur udara pesakit tersumbat ketika sawan berlaku.

“Jika pesakit muntah ketika sawan, ia boleh masuk ke paru-paru dan menghalang laluan udara dan bekalan oksigen ke otak.

“Oleh itu, jika berlakunya sawan (ketika demam), posisi pesakit perlu dibetulkan bagi membuka laluan udara dan mengelakkan sebarang halangan salur pernafasan,” tegasnya.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi demam anak supaya suhu tidak meningkat mendadak dengan menjelum menggunakan tuala basah, memberi air secukupnya dan juga ubat bersesuaian.

Beliau turut menegaskan pentingnya anak dibawa ke hospital jika demam menjadi semakin teruk dan gagal dikawal.

“Demam itu sendiri tidak membunuh. Tetapi perlu berwaspada supaya tidak membawa kepada komplikasi lain yang mengancam nyawa pesakit,” tegasnya.

Minggu, 17 Agustus 2008

Apakah Osteoporosis?

Apakah Osteoporosis?

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.

Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.

Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.

Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.

Simptom
Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.

Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan.

Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan.

Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.

Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan.

Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.



Kesan Sukan Ekstrem Terhadap Kesihatan Tulang


Kebaikan bersukan amatlah jelas dalam menjaga kesihatan badan.

Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.

Antara kesan ketara sukan ekstrem adalah masalah tulang di mana ahli sukan bukan sahaja menghadapi risiko retak atau patah tulang, malahan risiko poros tulang atau pengurangan jisim tulang.

Jisim atau kepadatan tulang dinilai dengan melibat bilangan sel tulang yang ada pada tulang rangka badan. Secara umumnya, tulang yang mempunyai jisim lebih besar adalah tulang yang lebih kuat.

Walaupun jisim tulang banyak dipengaruhi faktor genetik, kesan persekitaran dan pengambilan ubat tertentu juga boleh mempengaruhi keadaan tulang. Kepadatan tulang biasanya mula berkumpul pada zaman kanak-kanak dan mencapai kemuncaknya pada usia kira-kira 25 tahun. Keseimbangan jisim tulang kemudiannya akan kekal untuk 10 tahun sebelum menurun mengikut usia, pemakanan dan aktiviti fizikal individu.

Bagaimanapun, bagi ahli sukan ekstrem, faktor aktiviti fizikal dan pemakanan akan memberi kesan lebih besar kepada jisim tulang mereka berbanding usia.

Tulang memerlukan bekalan kalsium yang cukup bukan sahaja ketika kecil malahan sehingga usia tua untuk kekal kuat bagi menampung pergerakan aktiviti harian.

Aktiviti yang memerlukan banyak tenaga bukan sahaja memerlukan nutrien secukupnya daripada makanan malahan memerlukan rehat secukupnya sebelum aktiviti yang sama dilakukan sekali lagi. Kekurangan sumber nutrien dan rehat yang cukup mungkin menyebabkan badan 'mengambil' tenaga daripada tulang menyebabkan tulang ahli sukan rapuh seperti tulang pesakit osteoporosis.

Pengalaman ahli sukan

Zaiton Othman terperanjat dan sukar mempercayai kata-kata doktor bahawa dirinya menghidap poros tulang selepas menjalani pemeriksaan akibat terjatuh dan berasa sakit di bahagian belakang.

Bekas atlet negara ini baru berusia 30 tahun ketika itu dan sedang belajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat. Beliau langsung tidak pernah memikirkan kemungkinan tersebut memandangkan dirinya seorang atlet yang sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan. Sudah tentu Zaiton berpendapat kesihatannya berada di tahap optimum. Lebih memeranjatkan, doktor juga mengesahkan tulangnya berusia 75 tahun, iaitu dua kali ganda usianya ketika itu.

"Bayangkan luaran saya kelihatan tegap dan cergas, namun bahagian dalam, iaitu tulang mengalami masalah," kata Pengarah di Majlis Sukan Negara (MSN) ini.

Doktor yang merawat Zaiton menjelaskan bahawa penglibatan beliau secara profesional dalam sukan sememangnya mendedahkan diri terhadap risiko poros tulang atau osteoporosis yang tinggi.

Menurut doktor, masalah tersebut biasa menyerang atlet sepertinya dan ia berlaku apabila badan yang tidak mempunyai tenaga mencukupi lalu menyerap tenaga yang diperlukan daripada tulang.

"Bersukan sememangnya baik untuk tulang. Tapi bagi ahli sukan profesional seperti kami yang menggunakan tenaga pada tahap optimum, poros tulang akan berlaku sekiranya tenaga yang diambil daripada tulang tidak diganti dengan pemakanan yang sempurna," jelas beliau lagi.

Pun begitu, bekas atlet heptatlon dan pemenang pingat emas Sukan SEA ini tetap positif dengan keadaan dirinya dan menganggap ia bukan noktah untuknya mengundurkan diri dari bidang yang amat diminati.

Bermula dari situ, Zaiton tidak lagi memandang enteng terhadap pemakanan kerana sangat penting bagi menghasilkan tenaga untuk digunakan oleh badan. Beliau mula mengamalkan diet yang tinggi kalsium dan protein terutama daripada produk tenusu, kekacang serta daging merah. Dalam pada itu, beliau tetap tidak lupa melakukan senaman kerana ia merupakan salah satu cara untuk menjaga kesihatan tulang.

Zaiton sedar bahawa kesihatan tulang sebenarnya amat penting kerana tanpa tulang yang sihat, semua aktiviti harian akan terjejas. Dengan menjaga pemakanan dan pengambilan nutrisi yang betul, beliau meraih kembali kesihatan tulangnya. Dan kerana cintanya yang mendalam terhadap bidang sukan, beliau menyertai beberapa kejohanan dan baru-baru ini memenangi pingat di Kejohanan Veteran Sedunia.

Zaiton, 47, kini dilantik sebagai duta produk nutrisi tulang terkemuka, Anlene setelah menjadi pengguna setia produk tersebut sejak mengalami masalah poros tulang lagi.

Sebagai duta, beliau mahu menyuntik kesedaran di kalangan masyarakat terutama wanita mengenai kepentingan menjaga kesihatan tulang. Ini kerana wanita kehilangan banyak kalsium terutama ketika mengandung dan juga ketika proses menopaus.

Juga sebagai Pengarah Bahagian Hal Ehwal Atlet MSN, Zaiton sentiasa mengingatkan para atlet agar sentiasa menjaga pengambilan nutrien kerana risiko yang tinggi menanti mereka.

"Ramai yang tidak sedar bahawa kesihatan tulang sangat penting.

"Mungkin kerana mereka menganggap diri masih muda dan osteoporosis hanya menyerang mereka yang berumur," katanya.

Menurutnya lagi, rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu dan Cina kurang mengambil makanan daripada produk tenusu sejak kecil lagi dan kerana itu terdedah kepada masalah osteoporosis.

Kempen

Sebagai duta kesihatan tulang, Zaiton bersyukur kerana beliau diberi peluang untuk menyertai kempen tulang sihat di peringkat antarabangsa. Beliau mahu pengalaman peribadinya menjadi inspirasi wanita Malaysia khususnya dan dunia amnya untuk mengambil langkah mencegah osteoporosis.

Berpeluang menyertai persidangan sambutan Hari Osteoporosis Sedunia di Dubai 20 Oktober lalu, Zaiton bersama empat lagi duta Anlene dari Mesir, Indonesia, Filipina dan New Zealand bertukar-tukar pandangan masing-masing mengenai tahap kesihatan tulang penduduk di negara masing-masing.

Salah satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi beliau adalah sikap segelintir yang tidak suka bersenam di bawah terik mentari. "Cahaya matahari pagi sebenarnya cukup baik untuk kesihatan. Ia mengekalkan vitamin D yang dapat membantu proses penyerapan kalsium oleh tulang," ujarnya.

Zaiton juga menyeru wanita terutama yang berusia 30 tahun ke atas agar melakukan pemeriksaan khas untuk mengesan tahap kesihatan tulang mereka. Menurutnya, ujian boleh dilakukan di pusat perubatan swasta yang mempunyai peralatan khas mengimbas tulang.

Selain itu katanya, pihak Anlene juga akan menjalankan kempen pemeriksaan tulang secara percuma seluruh negara tidak lama lagi dan berharap ramai wanita yang akan tampil melakukan pemeriksaan awal bagi mencegah osteoporosis.

"Sebenarnya tiada istilah sudah terlambat untuk menjadikan kesihatan tulang sebagai keutamaan.

"Saya mahu semua orang bersama saya untuk mencegah osteoporosis supaya kita boleh menikmati kebebasan hidup selagi termampu," ujarnya




Faktor-faktor Yang Meningkatkan Risiko Osteoporosis


Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis:


ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.


KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.


WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.


BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.


TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.


SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.


MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.


MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.


PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.


MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.


PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.


RAWATAN kemoterapi.


AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.


INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.


HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.


KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.


PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).


PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.


MINUMAN ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko ospeoporosis.



Faktor-faktor Yang Meningkatkan Risiko Osteoporosis


Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis:


ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.


KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.


WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.


BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.


TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.


SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.


MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.


MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.


PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.


MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.


PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.


RAWATAN kemoterapi.


AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.


INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.


HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.


KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.


PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).


PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.


MINUMAN ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko ospeoporosis.




Faktor-faktor Yang Meningkatkan Risiko Osteoporosis

Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis:


ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.


KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.


WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.


BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.


TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat badan atau hormon leptin.


SEJARAH keluarga menghidap osteoporosis, ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi.


MENGALAMI keretakan atau patah tulang ketika dewasa.


MEROKOK dan pengambilan alkohol berlebihan.


PENYERAPAN nutrien dari makanan tidak sempurna, nutrien tidak diserap dengan sempurna oleh sistem gastrousus.


MENOPAUS (putus haid), wanita boleh kehilangan sehingga empat peratus kepadatan tulang setiap tahun untuk tempoh lima hingga 10 tahun pertama selepas menopaus. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30 peratus dalam tempoh 10 tahun tersebut.


PARAS hormon estrogen yang rendah, ketika menopaus atau selepas melakukan pembedahan membuang kedua-dua belah ovari.


RAWATAN kemoterapi.


AMENORRHEA, tiada haid di kalangan wanita muda yang mana menyebabkan estrogen rendah. Amenorrhea boleh terjadi kepada wanita yang melakukan senaman secara ekstrem untuk menguruskan badan atau akibat masalah pemakanan anoreksia nervosa.


INFLAMASI kronik, radang sendi dan penyakit hati kronik.


HIPERTIROIDISME, penyakit di mana pengeluaran hormon paratiroid berlebihan oleh kelenjar tiroid atau disebabkan pengambilan terlalu banyak ubat mengandungi hormon tiroid.


KURANG vitamin D, yang membantu badan menyerap kalsium. Apabila vitamin D kurang, badan tidak mampu menyerap amaun kalsium yang diperlukan untuk mencegah osteoporosis.


PENGAMBILAN sesetengah ubat yang menyebabkan osteoporosis seperti heparin (untuk mencairkan darah).


PENDEDAHAN kepada logam berat, pendedahan kepada logam kadmium dan plumbum telah dibuktikan menyebabkan kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.


MINUMAN ringan, beberapa kajian mendakwa minuman ringan yang mengandungi asid fosforik mungkin meningkatkan risiko ospeoporosis.


Nutrisi bagi Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Amalkan pengambilan berikut bagi mengurangkan risiko osteoporosis:

Kalsium
Setiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.


Vitamin D
Penyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit jatuh adalah akibat otot yang lemah. Penyelidikan di rumah penjagaan warga emas juga menunjukkan penurunan sehingga 72 peratus kes penghuni yang jatuh hasil pengambilan 800 IU vitamin D bersama kalsium setiap hari. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan pengambilan suplemen boron, magnesium, zink, tembaga, mangan, silikon, strontium, asid folik, and vitamin B6, vitamin C dan vitamin K (bersama kalsium dan vitamin D) bermanafaat untuk menjaga kepadatan tulang.


Protein berlebihan
Tiga faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kandungan kalsium dalam sistem badan seseorang iaitu pengambilan (makanan), penyerapan dan perkumuhan. Bagaimanapun, pengambilan protein yang terlalu tinggi (makanan) akan menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil dan banyak kalsium hilang bersama air kencing seterusnya meningkatkan risiko keretakan tulang akibat kepadatan tulang menurun.
Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin?

Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin?

Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin B1
Beras, kacang soya, yis, plums, kismis kering, asparagus, kekacang, sayuran hijau, brokoli, jagung, kacang peas, kentang, barli, gandum, kekacang, lembu, ayam, daging ayam belanda dan organnya, cendawan, telur, susu, epal, aprikot, avocado, pisang,tembikai,buah ceri, anggur, oren, pears, nenas, prunes, kubis, timun batang, bawang, cili, labu, lobak.

Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin B2
Buah pinggang dan hati lembu, daging ayam, daging kambing biri-biri, yis, avokado, asparagus, kacang, brokoli, jagung, kacang soya, bayam, lobak , kekacang, gandum, keju, telur, susu, epal, pisang, nenas, ubi kentang, kelapa, tomato, nasi.

Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin B6
Kekacang, kulit beras, yis, pisang, anggur, lobak, gandum, ubi kentang, tomato, bayam, kacang soya, mentega, telur, oren, strawberi, tembikai, kacang, bawang, keju, susu

Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin B12
Hati, otak dan buah pinggang lembu, sardin, tuna, ayam, keju, susu, telur

Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin C
Nenas, anggur, ceri, limau, oren, lemon, betik, jambu, tomato, jagung, kubis, brokoli, bayam, asparagus

Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin D (WANITA PEKNEN)
Cahaya matahari, minyak ikan, telur kuning, tuna, margerin, minyak sayuran, susu, telur, keju, daging lembu , hati ( lembu)

Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin E
Minyak soya, barli, coklat, yis, kubis, bayam, asparagus, lobak, kekacang, kentang, lada hijau, hati lembu, telur, margerin, keju, kelapa, gandum, epal, pears.

Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin K
Kubis, kacang soya, lobak, hati dan buah pinggang lembu, kentang, strawberi, tomato, telur merah, peas, cendawan, susu

Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin A
Aprikot, tembikai kuning, peaches, prunes, sayur-sayuran dan daun hijau, brokoli hijau, lobak, salad, daun pudina, daun pasli, labu, bayam, kentang,kebanyakan kekacang mengandungi kuantiti yang kecil vitamin A, semua haiwan bertulang belakang mengandungi vitamin A: Hati, paru-paru, lemak, kelenjar adrenal, buah pinggang, susu, plasma darah dan telur.

Jumat, 15 Agustus 2008

Petua Tradisional

Petua Tradisional

1. BAWANG PUTIH CEGAH ULAT . Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan campurkan air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca. Semburkan campuran ini pada pokok. Selamat mencuba CEPAT DAN RINGKAS Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyang perlu disejukkan di dalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar di dalamnya. Pasti hasilnya mat memuaskan.

2. KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap, lembut segar serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah cantik bermaya.

3. AYAM TIDAK HANYIR LAGI Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat.

4. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR Untuk mengelak kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah menggunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya: Ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Pakaian itu pasti tidak akan luntur lagi.

5. TOMATO DAN EPAL LICINKAN KULIT Bagi anda yang kulit berminyak dan berjerawat serta berparut pada muka, cubalah petua mudah ini: Parut epal atai tomato yang cukup masak untuk dijadikan pembersih kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut yang baru dan muda. Biarkan 20 minit. Selepas itu, cuci dengan air suam. Lakukan berulang kali dan anda akan dapati hasilnya memuaskan.

6. RAMPING TANPA SEBARANG BELANJA Bagaimana hendak kurus tanpa sebarang belanja, senaman dan ubat-ubatan? Cara paling senang, melalui displin. Displinkan diri ketika makan - jangan makan terlampau laju. Pastikan setiap suapan 40 kali kunyahan. Juga diingatkan: jangan sekali-kali makan berulam air. Selain mengelakkan perut daripada buncit, ia juga dapat menghindarkan sakit pinggang.

7. MEWANGIKAN RAMBUT Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci sebelum tidur boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

8. MENGHALAU LIPAS Masukkan beberapa helai daun limau purut kedalam almari maju atau almari pinggan mangkuk.. insya Allah lipas akan lari dan daun limau purut menghasilkan aroma yg wangi... ... selamat mencuba...

9. MENGHILANG KESAN KARAT PADA BESI Untuk menghilangkan kesan karat pada besi... yelah... kalau ada benda-benda cam sudu antik ker, aper-aper jerlah benda yang diperbuat dari besi dan dah karat tapi sayang nak buang... . camnie caranya... -Ambil sedikit cuka dan dicampurkan dengan garam. -Larutkan kedua-dua bahan ini ke dalam sebekas air. -Kemudian rendamkanlah barang yang telah karat itu ke dalam larutan air tadi.
-Biarkan semalaman. InsyaAllah kesan karat pada besi akan beransur-ansur hilang. Selamatlah barang-barang yang dah berkarat itu daripada dibuang begitu sahaja. Selamat mencuba... . Hilangkan bau

10. NASI HANGIT kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang... membazir.. cuba amalkan antara 3 petua nie...
-Pertama : -basuh cili kering dalam dua tiga tangkai... jangan dipotong.. -masukkan terus ke dalam nasi tersebut... biarkan seketika, -InsyaAllah nasi tak berbau.. (P/S: Jangan takut... tak rasa pedas nyer nasi tu.. sebab tak dipotong) -Kedua... -kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu... -Ketiga kalau kat rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi... biarkan sejenak... . InsyaAllah

11. HILANG KESAN PARUT JEWAWAT Caranya... ambil kayu manis... dengan menggunakan sedikit air.. asahkannya di permukaan kasar
(Contoh: permukaan belakang pasu/ batu tumbuk). -Selepas itu, sapukannya di parut-parut jerawat. Amalkan setiap malam, InsyaAllah kesannya akan hilang.

12. TANGGALKAN KESAN COKLAT GETAH PADA KAIN baju atau seluar yang terkena coklat getah panaskan dengan iron dengan suhu yang paling tinggi.
-alih-alihkan kertas itu insyaallah kesan coklat getah akan tertanggal. jadi anda tidak perlu buang baju yang terkena coklat getah. selamat mencuba

13. SENANG MENGANTUK caranya ... . makan madu lebah dengan minum air kopi .Dalam masa 16 minit sahaja anda akan merasa kesan ngantuknya. Memang sukar dipercaya tapi cubalah...

14. MENGHILANGKAN BAU DURIAN cara nak hilangkan bau durian pada tangan tu senang aje.. kite ambik kulit durian, yang bahagian belakang kulit (bahagian yang berduri) tu diletak di bawah paip air. -basuhkan tangan dengan air yang mengalir melalui kulit tadi. Maka hilanglah bau durian yang melekat pada tangan tadi

15. MENGHALUSKAN KULIT MUKA : Tentu anda tidak puas hati jika kulit muka kelihatan kasar. Jangan susah hati. Apa yang anda perlu lakukan ialah -panaskan susu segar (atau susu tepung yang dibancuh) hingga mendidih -Kemudian angkat dan sejukkannya. -sapukan pada bahagian muka dan biarkan ia kering. -Selepas itu barulah bersihkan muka dengan air suam. -Amalkan terutamanya pada sebelah malam sebelum tidur. Insya-Allah kulit muka anda menjadi lebih halus dan lembut.

Rabu, 13 Agustus 2008

Bersenam untuk kesihatan jantung

Bersenam untuk kesihatan jantung

Pada amnya, untuk menentukan sama ada anda bersenam dalam zon kadar jantung sasaran, anda perlu berhenti bersenam buat seketika untuk mengira denyutan nadi.

Anda boleh mengambil denyutan nadi pada bahagian leher, pergelangan tangan atau dada. Kami mengesyorkan pergelangan tangan.

Anda boleh merasai denyutan radial dengan meletakkan jari telunjuk dan jari hantu pada arteri dan tekan dengan lembut. Jangan gunakan ibu jari.

Kira denyutan jantung selama 60 saat atau kira untuk tempoh 30 saat dan darab dengan dua. Mulakan pengiraan pada denyutan pertama, yang dikira sebagai ?sifar?.

Jika denyutan berada pada julat antara 85 dan 119 bpm dalam kes seseorang yang berusia 50 tahun, dia dianggap aktif dalam julat sasaran senaman berkeamatan sederhana.

Ujian berikut amat berguna untuk menentukan tahap keamatan senaman. Seseorang yang aktif pada tahap keamatan rendah seharusnya boleh menyanyi semasa melakukan kegiatan tersebut.

Seseorang yang aktif pada tahap keamatan sederhana seharusnya boleh berbual dengan selesa semasa melakukan kegiatan fizikal.

Sekiranya seseorang tercungap-cungap dan tidak mampu berbual, kegiatan tersebut boleh dianggap sebagai berat. Kegiatan fizikal boleh memberikan anda pelbagai manfaat kesihatan.

Orang yang suka menjalankan kegiatan fizikal sederhana atau berat secara kerap akan mengurangkan risiko mengalami sakit jantung kronik, strok, diabetes melitus tidak bergantung kepada insulin (jenis 2), tekanan darah tinggi dan kanser kolon sebanyak 30 hingga 50 peratus.

Tambahan lagi, mereka yang giat bersenam mempunyai kadar kematian awal lebih rendah berbanding orang yang langsung tidak aktif.

Berikut adalah beberapa kegiatan yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan jantung anda:

Aktiviti - Kalori Yang Digunakan Seminit

Tarian Aerobik - .062

Berbasikal (15 bsj) - .049

Golf (angkat beg sendiri) - .045

Berlari (5 bsj) - .061

Berenang (20 ela seminit) - .032

Tenis - .032

Berjalan kaki (3.5 bsj) - .035

Kegiatan fizikal yang kerap boleh meningkatkan tahap kesihatan dan mengurangkan risiko kematian awal menerusi cara-cara berikut:

- Mengurangkan risiko menghidap sakit jantung koronari (CHD) dan risiko meninggal dunia akibat CHD

- Mengurangkan risiko strok

- Mengurangkan risiko mengalami serangan jantung kali kedua bagi orang yang pernah diserang sakit jantung

- Mengurangkan jumlah kolesterol darah dan trigliserid dan meningkatkan lipoprotein kepadatan tinggi (HDL atau kolesterol ?baik?)

- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

- Mengurangkan tekanan darah di kalangan orang yang sudah menghidap hipertensi

- Mengurangkan risiko menghidap diabetes melitus (jenis 2)

- Mengurangkan risiko menghidap kanser kolon

- Membantu seseorang mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat

- Mengurangkan rasa resah dan tertekan

- Menggalakkan kesejahteraan psikologi dan mengurangkan tekanan

- Membantu membina dan mengekalkan tulang, otot dan sendi yang sihat

- Membantu warga emas menguatkan badan supaya dapat bergerak tanpa terjatuh atau menjadi terlalu letih.

Petua senaman

Kita tahu bahawa kegiatan fizikal penting untuk kesihatan jantung. Tetapi kita harus sedar had jantung untuk memastikan kita tidak terlalu membebankan organ ini.

Berikut adalah beberapa petua untuk bersenam dengan baik:

- Pilih kegiatan fizikal yang menyeronokkan dan bukan memenatkan. Lakukan pelbagai kegiatan. Pilih beberapa aktiviti yang anda gemari, kerana dengan bertukar-tukar aktiviti, senaman tidak akan menjadi sesuatu yang membosankan atau rutin.

- Cari masa dan tempat yang sesuai untuk bersenam. Cuba jadikannya satu amalan, tetapi anda boleh melakukannya dengan fleksibel. Jika anda terlepas satu sesi senaman, cuba lakukan senaman dengan cara lain.

- Dapatkan sokongan orang yang rapat dengan anda. Tentukan sokongan apa yang anda perlukan. Adakah anda mahu mereka mengingatkan anda untuk bersenam? Bertanya tentang pencapaian anda? Mahu mereka bersenam dengan anda secara kerap atau sekali sekala?

Atau, adakah anda mahu mereka memberi anda masa untuk bersenam? Menemani anda ke acara khas seperti larian/jalan kaki? Mahu mereka bertolak ansur jika anda terpaksa bangun awal untuk bersenam? Meluangkan masa menjaga anak semasa anda bersenam?

Atau tidak meminta anda menukar rutin senaman anda? Bersenamlah bersama ahli keluarga, sahabat handai atau rakan sekerja. Jadilah teladan yang baik untuk anak anda.

- Jangan terlalu ghairah. Lakukan kegiatan keamatan rendah hingga sederhana dahulu. Anda boleh meningkatkan kekerapan dan keamatan aktiviti secara perlahan-lahan apabila anda semakin cergas. Secara beransur-ansur cuba bersenam selama 30 hingga 60 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu.

- Catat rekod senaman anda. Berikan ganjaran kepada diri anda apabila mencapai kejayaan tertentu. Kejayaan adalah pendorong yang paling baik!

Kini anda sedar bahawa kegiatan fizikal yang kerap boleh membawa manfaat besar kepada kesihatan jantung anda.

Apabila digabungkan dengan amalan pemakanan yang baik, badan anda pasti gembira dengan keputusan anda untuk bersenam!
Ketawa boleh kurangkan berat badan

Ketawa boleh kurangkan berat badan

WASHINGTON : Ketawa bukan hanya berfungsi sebagai penawar kesakitan tetapi turut berkesan mengurangkan berat badan kerana ia berupaya membakar sehingga 2.2 kilogram lemak setahun, kata saintis.

Sementara ketawa bersungguh-sungguh menggunakan tenaga sama untuk berjalan lebih 0.8 kilometer.

Ia didapati satu rangsangan menyebabkan banyak otot bergerak dan turut membantu jantung berdegup lebih laju.

Dr Maciej Buchowski, dari Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee, berkata: "Peserta dalam kajian kami mengeluarkan 10 hingga 20 peratus lebih tinggi tenaga ketika sesi ketawa berbanding waktu rehat."

Katanya, ketawa kecil 15 minit sehari dapat mengurangkan berat badan lebih dua kilo setahun.

Walaupun ketawa diketahui baik untuk jantung dan sistem imunisasi, ini adalah kajian pertama menyatakan faedahnya dalam usaha mengurangkan berat badan.

Penyelidik mengukur bilangan kalori yang dihapuskan oleh 45 peserta berusia antara 18 dan 34 tahun ketika mereka menonton program televisyen berbeza, termasuk program biasa dan komedi.

Hasilnya, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, menunjukkan peningkatan ketara penggunaan tenaga apabila rancangan komedi ditayangkan

Sabtu, 09 Agustus 2008

Apa itu kemurungan?

Apa itu kemurungan?

* Kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi paling umum. Gangguan kemurungan sebenarnya merupakan satu penyakit biasa dan lebih umum daripada hipertensi atau diabetes.

* Kadar kelaziman kes kemurungan dalam sesebuah jangka hayat di mana-mana negara adalah antara lapan hingga 10 peratus. Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia.

* Gangguan ini juga menjadi punca kematian paling umum akibat membunuh diri. WHO menganggarkan kematian akibat bunuh diri di rantau Asia Pasifik adalah lebih tinggi daripada penyakit tibi.

* Wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 1:2.

* Beberapa laporan berasingan mendedahkan kira-kira sembilan peratus daripada rakyat Malaysia adalah pesakit yang mengalami kemurungan tahap serius.

* Selari dengan perangkaan global, kemurungan juga merupakan penyakit keempat serius di Malaysia. Tetapi jika mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki.

* Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental IV (DSM-IV), diagnosis kemurungan hanya boleh dilakukan jika terdapat sekurang-kurangnya lima simptom kemurungan yang hadir untuk tempoh sependek dua minggu. Signifikan kehadiran simptom-simptom ini perlu ketara sehingga menjejaskan aspek sosial dan pekerjaan seseorang.


Simptom-simptom itu

termasuk:

* Emosi negatif

* Anhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari)

* Perasaan tidak endah

* Hilang minat dan rasa seronok

* Hilang minat terhadap hubungan seks

* Perasaan sedih

* Rasa letih

* Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak

* Mengalami gangguan tidur

* Mudah sensitif

* Resah

* Keliru

* Kadar konsentrasi yang lemah

* Kesunyian

* Perasaan negatif: Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri

* Masalah-masalah fizikal termasuk: sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.

Diagnosis

Untuk mendiagnosis kemurungan, masalah perubatan lain yang mungkin mengakibatkan simptom-simptom yang sedang dialami pesakit perlu disingkirkan terlebih dahulu.

Tiada satu punca tertentu yang mengakibatkan kemurungan. Masalah ini biasanya berpunca daripada gabungan beberapa faktor. Berikut adalah antara kemungkinan yang boleh menyebabkan rasa murung:

* Faktor-faktor psikologi: Tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian (trauma) tertentu.

* Faktor genetik, rasa rendah diri, penyakit fizikal yang kronik atau serius.

Rabu, 06 Agustus 2008

40 minggu kelahiran seorang manusia

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).


Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing. Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.


Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk- sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.


Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.


Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.


Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.


Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.


Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.


Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.


Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.

Allahu Akbar!!

Minggu, 03 Agustus 2008

Tiga kunci kesihatan Faizal Tahir

Tiga kunci kesihatan Faizal Tahir

Sebagai penyanyi popular, Faizal Tahir mengakui kehidupannya selalu sibuk di pentas persembahan. Undangan yang diterima, bukan sahaja melibatkan sekitar ibu kota malah juga ke luar kota.

Bukan itu sahaja, dia yang popular dengan lagu antaranya Sampai Syurga, Mahakarya Cinta dan Batu & Golek itu juga terlibat dalam bidang penciptaan lagu menyebabkan masa senggangnya turut dikongsi untuk menumpukan kepada bidang kreatif yang satu ini.

Tidak itu sahaja, Faizal juga menceburkan diri dalam bidang pengacaraan dan ketika ini, dia terlibat mengendalikan program realiti TV3, Gang Starz musim kedua bersama Fara Fauzana.

Namun kesibukan diri bukan alasan bagi penyanyi yang juga naib juara One In A Million (OIAM) musim pertama itu untuk tidak mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri.

Malah baginya, kepentingan menjaga kesihatan diri merupakan antara elemen utama demi memastikan ia tidak menjejaskan urusan kerjaya yang seringkali menuntut kekuatan fizikal dan mental.

Perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan tabiat pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian, kata Faizal, ia juga membudayakan diri dengan penjagaan kesihatan sejak awal lagi.

Mengamalkan tiga kunci utama dalam penjagaan faktor kesihatan diri, tegas Faizal, amalannya itu mudah, ringkas dan amat menyenangkan.

“Saya banyakkan minum air mineral, menjaga tidur dan tidak lupa pengambilan vitamin C,” ujar Faizal yang juga bapa kepada dua orang anak, Ahmad Mikaeel, tiga tahun dan Siti Raudhah Nur Iman, setahun.

Suami kepada Siti Raihanim Noran itu berkata, biarpun kesibukan diri membataskan dirinya untuk mendapatkan tidur pada waktu yang sesuai, namun dia seringkali mencari waktu untuknya.

Justeru tegas Faizal, apabila ada kelapangan khususnya apabila bertugas di luar kota, dia akan mengambil peluang tidur awal.

“Untuk menjaga kesihatan diri terutama dalam mengekalkan kecergasan, di samping melakukan rutin senaman pilihan, saya percaya, kita perlu mendapatkan tidur yang mencukupi.

“Memang lapan jam sehari adalah waktu yang disarankan namun saya juga percaya, kita perlu tidur pada waktu yang betul. Maknanya, kita perlu tidur awal dan bangun awal.

“Walaupun sukar untuk melakukannya kerana kerja-kerja saya sebagai penyanyi dan pencipta lagu tetapi saya akan cuba mendapatkan kualiti tidur begitu.

“Selalunya saya banyak masa terluang apabila ke luar kota dan ketika inilah saya mengambil peluang ‘mencuri’ masa untuk berehat secukupnya.

Perubahan cuaca

“Selain itu, perubahan cuaca juga boleh memudaratkan dan dalam menjaga kesihatan diri, selain memperbanyakkan minum air mineral, saya juga mengelakkan penggunaan penghawa dingin secara keterlaluan kerana ia boleh membuatkan tubuh menjadi lemah,” ujarnya yang turut mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari untuk tujuan pembuangan toksin dalam badan.

Faizal juga memberitahu, dia gemar bersukan untuk membantu kecergasan diri dan mendapatkan kecerdasan minda seperti bermain bola sepak dan futsal seminggu sekali.

“Jika saya berpeluang ke gimnasium, saya akan melakukan senaman seperti melakukan treadmill tetapi selalunya saya sukar mencari masa untuknya.

“Tetapi saya memang suka bersukan dan memastikan meluangkan dua hari pada setiap minggu untuk turun ke padang bermain bola dan futsal,’’ katanya.

Dalam usaha mendapatkan kesihatan maksimum, Faizal mengambil berat soal penjagaan pemakanannya biarpun mengakui makan apa sahaja yang diingini.

“Saya suka makan tetapi saya makan berpada-pada. Saya gemar sayur-sayuran dan selalu mengambilnya dengan kuantiti yang banyak ketika makan.

“Selain itu saya tidak boleh tidak makan nasi tetapi hanya mengambilnya sekali sehari kerana bagi saya ia adalah sumber karbohidrat terbaik dan ia amat penting untuk mendapatkan tenaga,” katanya.

Faizal juga mengakui, mengambil susu kocak (milk shake) yang dibuatnya sendiri setiap hari antara waktu sarapan dan makan malam dalam usaha mengekalkan keseimbangan tubuh.

Malah dia juga mengamalkan pengambilan jus setiap pagi sebagai ganti kepada pengambilan buah-buahan.

“Bagi saya, walau bagaimana sibuk pun kehidupan seharian kita, kita patut dan wajar untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana tubuh yang sihat akan menjamin minda yang cerdas dan seterusnya memberikan kita kualiti kehidupan yang sempurna,” tambahnya.

Rabu, 30 Juli 2008

Rawatan sakit buah pinggang

Rawatan sakit buah pinggang

Kemajuan dalam rawatan penyakit buah pinggang peringkat akhir menyediakan pelbagai pilihan kepada pesakit untuk membantu mereka menguruskan penyakit mereka secara berkesan. Kemerosotan buah pinggang lazimnya mengambil masa yang panjang dan dalam kebanyakan kes, masalah ini hanya dikesan selepas penyakit berkenaan bertambah teruk. Penyakit buah pinggang di peringkat yang paling lanjut dirujuk sebagai penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRF); di mana fungsi buah pinggang seseorang jatuh di bawah paras tertentu atau berhenti berfungsi sepenuhnya.

Pesakit ESRF berhadapan dengan pelbagai jenis masalah kerana tubuh badan mereka mula menyimpan air yang berlebihan dan bahan buangan yang biasanya disingkirkan oleh buah pinggang. Tangan dan kaki yang membengkak merupakan simptom yang sering dilaporkan selain kesukaran bernafas dan kekurangan selera makan yang mungkin diiringi rasa mual dan muntah. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ESRF boleh menyebabkan sawan dan koma.

Oleh itu, pesakit buah pinggang peringkat akhir perlu mendapatkan rawatan segera menerusi terapi penggantian fungsi renal. Tiga jenis rawatan alternatif telah dicipta untuk mengambil alih sebahagian fungsi penting buah pinggang bagi membolehkan pesakit terus hidup. Terapi berkenaan tidak menyembuhkan penyakit buah pinggang tetapi membantu melegakan ketidakselesaan pesakit dan membolehkan mereka hidup lebih lama.

l HD atau PD

Hemodialisis (HD) ialah proses penapisan darah yang dilakukan dengan bantuan mesin. Darah yang mengandungi bahan buangan dibersihkan melalui dialyser dan dikembalikan semula ke dalam badan. Pesakit yang menjalani HD perlu mengunjungi pusat dialisis tiga kali seminggu untuk sesi rawatan yang mengambil masa antara empat hingga lima jam untuk setiap sesi. Oleh kerana jarum diperlukan untuk mengeluarkan darah dan mengembalikannya ke dalam badan, pesakit yang menjalani HD terdedah kepada jangkitan kuman dan pendarahan jika tidak mematuhi prosedur yang betul. Ada juga di kalangan pesakit yang mengalami pening kepala, mual, kekejangan kaki dan keletihan akibat rawatan tersebut.

Berbeza dengan HD, dialisis peritoneum (PD) menggunakan membran peritoneum atau selaput abdomen sebagai penapis. Satu tiub kecil dan lembut yang dikenali sebagai kateter dimasukkan menerusi pembedahan melalui dinding abdomen, ke dalam ruang peritoneum di mana dialisis berlaku. Larutan dialisis kemudian diisi ke dalam abdomen melalui kateter untuk memerangkap bahan buangan dari darah.

Selepas beberapa jam, larutan yang telah diguna dialirkan keluar dari badan. Buat masa ini, terdapat dua jenis PD iaitu dialisis peritoneum bergerak berterusan (continuous ambulatory peritoneal dialysis) atau CAPD dan dialisis peritoneum automatik (automated peritoneal dialysis) atau APD.

Pesakit CAPD perlu menjalani empat pertukaran dialisis setiap hari, dengan setiap pertukaran mengambil masa antara 20 hingga 30 minit.

APD pula dilakukan semasa pesakit tidur, dan mengambil masa antara lapan hingga 12 jam setiap malam. Walaupun CAPD dan APD masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri, PD pada umumnya memberikan fleksibiliti dan kemudahan pergerakan yang lebih. Oleh kerana rawatan dilakukan di rumah, pesakit juga boleh mengatur jadual dialisis supaya bersesuaian dengan waktu kerja dan perjalanan kehidupan seharian.

Tambahan lagi, pertukaran dialisis yang kerap dan berterusan untuk mengeluarkan bahan buangan dan air yang berlebihan dari badan hampir menyerupai fungsi semula jadi buah pinggang. Namun begitu, PD merupakan rawatan invasif kerana kateter perlu dimasukkan secara kekal di dalam abdomen. Jangkitan kuman boleh berlaku jika PD dilakukan dalam persekitaran yang kurang bersih.

l Pemindahan buah pinggang

Di antara pilihan rawatan yang ada, pemindahan buah pinggang adalah pilihan terbaik bagi pesakit memiliki buah pinggang sendiri. Kebebasan daripada rawatan dialisis memang satu prospek yang menarik, tetapi usaha mencari penderma yang sesuai mengambil masa yang panjang dan pesakit perlu diletakkan dalam senarai panjang pesakit yang menunggu pemindahan buah pinggang. Walaupun penderma yang sesuai ditemui, pesakit terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayat untuk mengelakkan badan menolak buah pinggang yang didermakan itu.

Seperti dengan ubat-ubatan lain, penggunaan ubat secara berterusan dan berpanjangan juga boleh mengundang kesan sampingan yang tidak diingini. Perlu ditekankan bahawa tiada satu terapi yang sesuai untuk semua pesakit, sementara individu tertentu mungkin lebih sesuai untuk jenis rawatan khusus berbanding kaedah rawatan lain.

Pertimbangan yang teliti perlu dibuat untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pesakit, tanpa menjejaskan kesihatan mereka untuk membantu mereka menguruskan penyakit dengan berkesan. Sama ada pesakit memilih hemodialisis, dialisis peritoneum atau pemindahan buah pinggang, pilihan perlu dibuat dengan maklumat yang tepat dengan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi menentukan kaedah rawatan yang paling sesuai dan terbaik untuk mereka.

Jumat, 11 Juli 2008

Penyakit barah hati

Penyakit barah hati

Perkataan barah atau kanser itu saja sudah menakutkan apatah lagi jika ianya menyerang hati. Barah hati adalah antara barah paling biasa di seluruh dunia dan apa yang menyedihkan ialah kebanyakan kes hanya dikesan apabila ia sudah sampai ke peringkat serius.

Keadaan yang sama berlaku di negara kita kerana serangan barah hati tidak menunjukkan sebarang tanda sehinggalah ia memasuki peringkat ketiga atau keempat iaitu apabila fungsi hati terjejas teruk.

Di Malaysia, barah hati menduduki tangga ke-10 bagi lelaki dan ke-15 bagi perempuan. Dianggarkan bagi setiap 100,000 penduduk, 378 lelaki dan 150 wanita menghidap barah hati. Namun jumlah sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi kerana masih banyak kes yang tidak dilaporkan.

Menurut Perunding Onkologi Klinikal, Dr Chong Kwang Jeat, barah hati atau hepatoselular karsinoma (HCC) adalah jenis barah keenam yang paling menular di dunia dan punca ketiga kematian yang dikaitkan dengan kanser. Kes tertinggi berlaku di kalangan orang Cina diikuti Melayu dan India.


Kajian mendapati lebih 600,000 kes kanser hati disahkan di seluruh dunia setiap tahun dan angka ini terus meningkat. Angka kematian yang paling tinggi dicatatkan di Rantau Asia Timur terutama di China (anggaran 322,000 kematian daripada 346,000 kes) Jepun (36,000 kes),Taiwan (7,000 kes) dan Korea Selatan (5,000) kes berbanding Eropah (50,000 kes) dan Amerika Syarikat (13,000 kes). (rujuk jadual 1)

Taburan yang tidak sekata ini disebabkan faktor risiko utama barah hati iaitu jangkitan hepatitis B kronik yang lebih banyak berlaku di rantau Asia.

Lebih 90 peratus pesakit yang dirawat mempunyai masalah sirosis hati iaitu kerosakan sel hati dan kehadiran parut akibat jangkitan virus hepatitis B.

Jangkitan virus hepatis B inilah yang menyebabkan jumlah kematian tinggi di kalangan penduduk Asia Pasifik. Sehingga kini dianggarkan 275 juta penduduk di rantau ini menghidap jangkitan hepatitis B kronik.

Selain itu kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit menyebabkan jumlah kematian yang tinggi ini, apatah lagi barah hati tidak menunjukkan tanda jelas dan hanya muncul apabila penyakit sudah teruk iaitu ketika fungsi hati mulai terjejas.

Hati adalah organ dalam badan yang paling besar. Ia terletak betul-betul di bawah tulang rusuk kanan, di bawah paru-paru. Hati kita berbentuk seperti piramid dan terbahagi kepada dua bahagian - kiri dan kanan.

Tidak seperti organ lain, hati menerima bekalan darah dari dua sumber iaitu daripada arteri hepatik (membekalkan darah beroksigen) dan portal vena yang membawa darah mengandungi nutrien dari usus kecil ke hati.

Hati ada banyak fungsi dan antara yang penting ialah:

- Memecah dan menyimpan banyak nutrien yang diserap dari usus kecil.

- Menghasilkan faktor pembekuan darah (bagi menghentikan pendarahan apabila kita mengalami kecederaan)

- Merembeskan hempedu ke dalam usus kecil bagi membantu menyerap nutrien

- Menapis dan menyingkirkan sisa toksik dari badan

Barah hati terbahagi kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder. Barah hati primer bermakna barah bermula di hati. Manakala barah hati sekunder bermakna sel kanser berasal dari organ lain dan merebak ke hati.

Bagaimana barah hati boleh terjadi? Dr Chong berkata ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit ini tetapi penyebab utama ialah jangkitan virus hepatitis B yang kronik sehingga menyebabkan sirosis.



Antara faktor risiko barah hati ialah:

- Jangkitan hepatitis B kronik (virus hepatitis B sangat mudah berjangkit melalui hubungan seks, pemindahan darah dan kelahiran; 100 kali lebih mudah daripada virus HIV)

- Jangkitan hepatitis C dengan kehadiran masalah sirosis hati

- Sirosis yang sudah merebak hingga jejaskan fungsi hati

- Obesiti

- Diabetes

- Merokok

- Penggunaan steroid dalam tempoh lama

- Jangkitan fungus

“Kebanyakan pesakit berusia dalam lingkungan 30 tahun ke atas kerana virus hepatitis B mengambil masa yang agak lama untuk merosakkan hati dan biasanya kerosakan ini berlaku dengan cepat. Lebih membimbangkan ialah peningkatan jumlah kes yang baru dikesan.

“Dalam kebanyakan kes barah hati peringkat awal tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala. Apabila ada gejala, itu menandakan barah hati sudah sampai ke peringkat serius. Inilah sebabnya individu yang berisiko tinggi disaran menjalani pemeriksaan,” katanya.

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengesan barah hati ialah ujian darah AFP iaitu untuk menguji kehadiran protein alfa-feto. Pesakit barah hati akan mempunyai tahap AFP yang tinggi.

Kaedah kedua ialah ujian pengimejan hati untuk melihat fungsi hati. Biasanya pesakit barah hati menunjukkan fungsi hati yang tidak normal (disebabkan kerosakan sel hati dan parut pada hati).



Antara gejala yang dialami pesakit barah hati ialah:

- Penurunan berat badan tanpa sebab

- Tiada selera makan berpanjangan

- Terasa sangat kenyang walaupun makan sedikit

- Ada benjolan keras pada bahagian kanan di bawah tulang rusuk

- Sakit sekitar bahu kanan

- Kulit menjadi kekuningan termasuk mata

- Abdomen atas (kanan) terasa tidak selesa

- Sentiasa berasa lesu dan tidak bermaya

- Mual

Semua gejala di atas hanya muncul apabila kanser sudah sampai ke peringkat serius yang menyebabkan kebanyakan pesakit lewat datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Sedihnya, pada peringkat ini penyakit sukar dirawat dan dalam kebanyakan kes peluang untuk hidup adalah kurang daripada satu tahun.

Katanya, sel kanser mempunyai ciri yang sangat unik kerana ia:

- Memasuki aliran darah yang memudahkannya merebak dan menyebabkan kerosakan pada organ lain

- Boleh hidup lama

- Mempunyai keupayaan untuk merebak pada sel organ lain (metastasis)

- Mempunyai kebolehan untuk menggandakan sel dan terus hidup

- Boleh membentuk salur darah baru (tidak normal) untuk mendapat oksigen dan nutrien bagi terus hidup (angiogenesis). Ia boleh digambarkan seperti pemasangan paip air baru untuk mencuri bekalan air daripada paip utama.



Rawatan

Menurut Pengarah Jabatan Ubatan Dalaman, Universiti Mainz, Jerman, Profesor Dr Peter Galle, barah hati adalah penyakit boleh membawa maut yang selalunya lambat dikesan. Pada umumnya barah dirawat dengan memberi ubat anti barah melalui kemoterapi dan radioterapi.

Bagaimanapun dalam kes barah hati, rawatan lebih mencabar kerana ketoksikan ubat anti barah meningkat apabila fungsi hati terjejas dan 70 hingga 80 peratus pesakit menunjukkan penerimaan badan yang lemah terhadap rawatan.

Beliau menggariskan empat strategi rawatan untuk barah hati iaitu perlindungan (melalui pengambilan vaksin hepatitis B), pengesanan awal (ujian), rawatan awal dan bertepatan serta rehabilitasi.

Rawatan barah hati bergantung kepada peringkat barah ketika penyakit dikesan.

Biasanya bagi kes barah hati peringkat awal pembedahan yang membabitkan pembuangan sebahagian hati yang diserang barah adalah kaedah terbaik. Malah peluang sembuh juga tinggi. Bagaimanapun secara purata hanya 15 peratus saja pesakit yang boleh dibedah.

Secara umum rawatan barah mempunyai enam kaedah iaitu pembedahan (tanpa penggantian hati), pembedahan penggantian hati (transplan), suntikan etanol, ablasi radiofrekuensi (pembakaran sel barah menggunakan gelombang radiofrekuensi), suntikan ubat kemoterapi pada salur darah yang membawa darah.

“Malangnya rawatan standard sedia ada tidak berkesan untuk merawat pesakit barah peringkat akhir. Sebelum ini pesakit barah hati peringkat akhir tidak mempunyai pilihan rawatan yang berkesan dan ramai mati dalam masa setahun selepas diagnosis disahkan. Kini dengan adanya ubat baru, sorafenib, peluang hidup dapat ditingkatkan sebanyak 44 peratus.

“Sorafenib adalah ubat yang dikhususkan untuk kes barah kanser peringkat teruk. Ia berfungsi menghalang penggandaan sel barah dan menghentikan pembentukan salur darah tidak normal. Melalui kaedah ini sel barah akan mati kerana ketiadaan oksigen dan nutrien,” katanya.

Perunding Onkologi Hospital Universiti Nasional Taiwan, Dr Chiun Hsu berkata peluang keterusan hidup pesakit barah hati pada umumnya adalah sangat rendah.

Berdasarkan keterusan hidup selama lima tahun, kajian seluruh dunia mendapati peluangnya adalah kurang daripada 10 peratus.

Kehadiran sorafenib memberi harapan baru kepada pesakit barah hati tetapi kajian perlu dilakukan ke atas penduduk Asia kerana penerimaan badan penduduk Asia terhadap sesuatu ubat tidak sama dengan penduduk Barat.

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas pesakit di Taiwan didapati sorafenib terbukti dapat membantu meningkatkan peluang hidup pesakit di negara berkenaan sebanyak 47 peratus.

Ubat yang diberikan dalam bentuk pil makan itu boleh dijadikan sebagai pilihan ubat untuk merawat kes barah hati peringkat teruk.

Berita baiknya, selain barah hati sorafenib yang bertindak secara sistemik (keseluruhan badan) itu juga kini digunakan untuk merawat barah buah pinggang peringkat teruk.

Rabu, 09 Juli 2008

Punca isteri sukar mengandung??

Punca isteri sukar mengandung??

ROSMAWATI AHMAD

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan
keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya
pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa
mudah ialah susah untuk mengandung.
Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung
kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai
sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan
ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita
tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.
Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan
sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih
memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan
alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang
mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai
usaha untuk mendapatkan anak ? mengandung. Inilah yang lebih parah
kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada
azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.
Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun
menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat
melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali
ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana
anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun
kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah
lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba
Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu
sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun
hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.
Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami
isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka
mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun
berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu
berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini
mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan
mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.
Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa
begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang
isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik.. Saya
merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk
mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula
bertanya "suka makan jeruk?"
"Memang kegemaran saya" jawab wanita ini.
"Sudah berkahwin?" saya menambah.
"Sudah 3 tahun" wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya
bahawa wanita ini sudah berkahwin.
"Berapa orang anak?" saya menyoal untuk mendapatkan kepastian
hipotesis awal saya.
Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab " belum dapat anak lagi".
Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi
nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah
memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga
Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh..
Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak),
amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food,
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk
mangga dan ceremai.
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.
- Makan burger dan naget
- Makan jambu batu.

Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu
segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini.Tidak ketinggalan
dari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu
sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu
objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya
mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia.
Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca
Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin
meramaikan bangsa Yahudi.
Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini
ialah mendapat redha Allah.

Sabtu, 05 Juli 2008

Sakit pedih hulu hati

Sakit pedih hulu hati

Ramai antara kita mungkin pernah mengalami masalah S, iaitu terasa perit seakan terbakar di belakang tulang dada yang menaik ke leher dan tekak.

Keadaan ini boleh menyebabkan rasa masam dan merasai seperti makanan separuh hadam memasuki semula mulut. Ia selalu berlaku selepas makan dan mungkin berlangsung selama beberapa jam.

Selain itu, gejala-gejala berbeza sering hadir antara individu seperti kembung perut atau sendawa yang kerap walaupun belum menikmati makanan.

Secara umumnya, pedih hulu hati atau dalam istilah perubatannya, gastroesophageal reflux disease (gerd) adalah masalah biasa yang dihadapi hampir 50 peratus orang dewasa di seluruh dunia, terutama golongan lelaki hingga menyebabkan ramai yang tidak dapat bekerja dan terpaksa mengambil cuti sakit.

Walaupun tidak mengancam nyawa, pedih hulu hati telah menyebabkan mutu kehidupan seseorang menurun serta boleh membuatkan hidup mereka merana.

Ini diakui sendiri, Pakar Bedah Am, di Hospital Rawatan Islam (PUSRAWI), Datuk Abdul Fahmi Abdul. Karim ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pedih Hulu Hati dan Kembung Perut’ di pusat rawatan tersebut, baru-baru ini.

Kembung perut

Menurutnya, ramai yang kurang mengambil berat masalah ini sedangkan jika seseorang mengalaminya lebih daripada dua kali seminggu secara berpanjangan memungkinkan mereka menghadapi masalah lebih serius termasuk menghidap barah.

“Sebahagian besar orang mengalami pedih hulu hati dari semasa ke semasa tetapi jika simptom itu mengganggu atau muncul lebih daripada dua kali seminggu, mereka dinasihatkan agar berjumpa doktor.

“Sebaiknya dapatkan pandangan doktor jika masalah pedih hulu hati tidak hilang selepas mendapatkan rawatan. Ini kerana, tanpa rawatan sewajarnya, kemungkinan ia boleh menyebabkan ulser dan jika dibiarkan berlarutan ia boleh membawa kepada barah esofagus,’’ tegasnya.

Menerangkan lebih lanjut mengenai gerd pula, beliau berkata, ia berlaku disebabkan penyonsangan pengaliran kandungan dari perut ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan perut dengan mulut) menyebabkan komplikasi atau simptom yang menyukarkan kehidupan harian pesakit.

Proses ini dikenali sebagai refluks dan biasanya disebabkan oleh masalah otot sfinkter yang menghubungkan perut kepada esofagus. Jika otot sfinkter itu lemah atau mengendur secara tidak normal, ia tidak dapat menghalang pengaliran songsang ke dalam esofagus.

“Pada kebiasaannya, asid dalam perut hanya memasuki saluran pemakanan dalam jumlah kecil sahaja dan akan segera dineutralkan kembali. Bagaimanapun dalam kes ini, jumlah asid yang banyak disalurkan ke esofagus dan dalam jangka masa panjang mungkin menyebabkan lapisan tisu saluran itu terhakis.

“Bagi pesakit pedih hulu hati, hakisan berulang sehingga ke sel-sel saraf sehingga menyebabkan kesakitan di bahagian dada,’’ ujarnya.

Pedih hulu hati juga kata Abdul Fahmi, sering berlaku di kalangan wanita hamil. Punca berlakunya masalah tersebut termasuk kembung perut serta loya dan muntah terutama antara minggu keenam hingga ke-14 awal kehamilan yang dipercayai ada kaitannya dengan perubahan hormon.

Beliau menerangkan, kesakitan atau ketidakselesaan di dada pesakit berpunca daripada kumpulan saraf berhampiran jantung yang dikongsi bersama salur esofagus.

Kumpulan saraf ini dikongsi memandangkan esofagus melalui belakang jantung sebelum bercantum ke perut.

Disebabkan kedudukan struktur seperti ini, pesakit tidak akan sakit pada perut tetapi akan merasa sakit pada tengah dada (sternum) dan kerap pedih pada hulu hati.

Pesakit juga akan kerap merasa masam (asid) atau pahit di dalam mulut akibat masalah refluks asid ini.

Selain kegemukan, faktor lain yang turut meningkatkan pedih hulu hati termasuk pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kafein, makanan bergoreng dan berlemak, buah-buahan sitrus, coklat dan makanan bertomato seperti sos spageti dan pedas.

Rawatan

Beberapa kaedah rawatan biasa digunakan bagi menangani masalah ini, termasuk melalui pembedahan mengetatkan cerutan struktur, selain kaedah ubat-ubatan yang dapat mengekang asid.

Ubat Proton Pump Inhibitor (PPI) misalnya, menjadi pilihan pakar sistem salur pemakanan untuk mengawal penghasilan asid oleh sel-sel di dalam perut, seterusnya mengawal masalah refluks asid pesakit pedih hulu hati.

Ubat PPI digunakan untuk rawatan segera simptom utama pedih yang menyukarkan kehidupan harian pesakit dan juga untuk kawalan jangka panjang penyakit tersebut.

Ujian endoskopi juga boleh dilakukan untuk memastikan jika terdapat hakisan asid pada esofagus pesakit tetapi ujian ini tidak menjadi kewajipan untuk rawatan pedih hulu hati.

Beliau turut menegaskan, meskipun ia tidak dapat dicegah, namun risikonya boleh dikurangkan jika seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat.

Panduan menghindari pedih hulu hati

*Elakkan terus berbaring selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum membongkok dan baring selepas makan bagi mengelakkan asid mengalir semula ke dalam esofagus.

*Jika doktor memberikan preskripsi, adalah penting bagi anda menghabiskan ubat tersebut walaupun sudah berasa selesa. Jika tidak, gejala tersebut mungkin berulang kembali.

*Tinggikan kedudukan kepala anda semasa tidur dengan bantal atau penyendal. Dengan cara itu, kepala akan berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada perut sekali gus meminimumkan risiko pedih hulu hati.

*Makan sedikit tetapi kerap.

*Mengurangkan berat badan.

*Jangan memakai pakaian ketat.

*Elakkan makan makanan pedas dan berempah.

Top