Rabu, 27 Agustus 2008

Pewangi Ketiak Berisiko Kanser

Wanita dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan deodoran atau pewangi ketiak kerana saintis menemui kaitannya dengan barah payu dara.

Paras tinggi aluminium, yang membentuk 90 peratus daripada bahagian anti-peluh kebanyakan produk, ditemui dalam tisu payu dara pesakit barah yang menjalani prosedur mastektomi.

Elemen itu dikaitkan dengan penyakit berkenaan oleh kajian terdahulu. Saintis sebelum ini memberi amaran bahawa aluminium boleh diserap menerusi kulit, terutama selepas ketiak dicukur.


Sebaik berada di dalam tubuh, ia mungkin meniru hormon oestrogen, yang diketahui terbabit dalam perkembangan dan kemajuan barah payu dara.

Penyelidik mendapati paras tinggi aluminium di bahagian bawah ketiak payu dara berbanding bahagian lain pada 17 pesakit.

Bagaimanapun, saintis berkata mereka gagal membuktikan wujudnya kaitan langsung antara kehadiran lebihan aluminium dan penggunaan antipeluh. Elemen itu mungkin datang dari sumber lain, kata mereka.

– Agensi

Related Posts

  • Apakah Osteoporosis?Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menyumbang kepada …
  • Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin?Dimana saya boleh dapatkan sumber vitamin B1Beras, kacang soya, yis, plums, kismis kering, asparagus, kekacang, sayuran …
  • Bersenam untuk kesihatan jantungPada amnya, untuk menentukan sama ada anda bersenam dalam zon kadar jantung sasaran, anda perlu berhenti bersenam buat s…
  • Petua Tradisional1. BAWANG PUTIH CEGAH ULAT . Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. T…
  • Perbezaan Jenis-Jenis DemamBoleh dikatakan semua orang pernah demam dan kemungkinan besar akan demam lagi dalam hidup mereka kelak. Demam menjadi a…

0 komentar:

Posting Komentar