Jumlah calon yang dipanggil untuk temuduga bagi mengisi sebarang jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada masa akan datang, dijangka jauh lebih kecil berbanding sekarang, ekoran sebelum dipanggil menghadiri temuduga itu mereka perlu melalui dua proses saringan iaitu peperiksaan dan penilaian.
Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri, berkata dengan cara itu proses temuduga dapat diselesaikan dalam jangka masa yang lebih singkat berbanding sebelum ini.
Beliau berkata, proses saringan tiga peringkat itu antara ketetapan dalam Model Pengambilan Pekerja (MPP) untuk memastikan mereka yang akan dilantik ke jawatan yang dimohon memenuhi syarat dan kelayakan yang diperlukan.
Katanya, SPA sudah merangka satu aplikasi MPP untuk melantikan calon terbaik bagi setiap jawatan melalui satu sistem tapisan yang mampu memilih calon yang benar-benar sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang dimohon.
"Melalui sistem itu, setiap calon akan melalui tiga proses saringan iaitu peperiksaan, penilaian dan temuduga. Dengan cara ini hanya calon yang sesuai dari segi psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi saja yang akan ditemuduga.
"Jumlah calon dipanggil temuduga juga dapat dikurangkan dan proses temuduga dapat diselesaikan dalam jangka masa yang lebih singkat" katanya di majlis perasmian Persidangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia di Kuching semalam.

0 komentar:
Posting Komentar