Selasa, 26 Agustus 2008

Terengganu larang ke majlis kahwin waktu kerja

Kerajaan Terengganu melarang semua anggota perkhidmatan awamnya daripada menghadiri sebarang majlis atau kenduri perkahwinan semasa waktu bertugas bagi mengelakkan proses pentadbiran negeri terganggu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan arahan itu selepas mendapati ramai pegawai mengambil kesempatan menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan pada hari bekerja.

Menurut beliau, mereka bukan sahaja tidak berada pada waktu pejabat malah ada sesetengah kakitangan menggunakan kenderaan pejabat sedangkan ia bukan untuk kegunaan peribadi.

''Saya kesal perkara ini berlaku dan mulai hari ini saya harap kakitangan awam menghadiri majlis perkahwinan selepas pukul 1 tengah hari atau luar waktu bertugas."

''Satu pekeliling khusus mengenai larangan itu akan dikeluarkan bagi memastikan arahan benar-benar dipatuhi," katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada kakitangan terpilih. Seramai 30 pegawai dan kakitangan menerima anugerah tersebut.


Mereka termasuklah Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Tanah dan Galian Terengganu, Kamaluddin Ismail; Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Wan Harujan Wan Sulaiman; Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Jusoh Ngah; dan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Sumber Manusia) Ahmad Awang.

Lain-lain ialah guru Sekolah Menengah Agama Khairiah, Rosyatimah Che Awang serta Pegawai Kerani Majlis Agama dan Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), Mohammad Abdullah.

Dalam perkembangan lain, Mokhtar berkata, seramai 18 pegawai dan kakitangan awam yang bermasalah di negeri ini dibuang kerja kerana melakukan pelbagai kesalahan sepanjang tahun lepas.

Bagaimanapun, katanya, angka itu menurun berbanding seramai 22 kes pada tahun sebelumnya. ''Pemecatan mereka adalah wajar kerana jika pegawai bermasalah dibiarkan terus bekerja, mereka bukan sahaja menganggu proses pentadbiran malah menjatuhkan imej kerajaan," jelasnya.

Related Posts

  • Kedah Juara Tiga PialaKedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir…
  • Harga Petrol TurunKerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter…
  • Tarikh melihat anak bulan Ramadan - 31 Ogos 2008Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada …
  • Pengambilan Guru KPLI dikurangJumlah pengambilan guru bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dikurangkan berikutan keputusan kerajaan memben…
  • Tunjuk perasaan di ThailandBeribu-ribu penunjuk perasaan merempuh dan merusuh di beberapa kawasan termasuk mengepung pejabat Perdana Menteri, Samak…

0 komentar:

Posting Komentar