Kamis, 07 Agustus 2008

Calon lelaki & wanita yang gagal temuduga

A- Penemuduga
B- Orang yang ditemuduga

SITUASI 1

A : Ada boyfriend?
B : Ada.
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm... kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa
kamu.


SITUASI 2

A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya..
A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu dan
kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak mahu
memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada key, itu saja.


SITUASI 3

A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai teman lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan memiliki syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima kamu bekerja di syarikatnya.
B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik.
B : Haa ... lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat dengan kamu
A : Gulp ...


SITUASI 4

A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.
A : Hmm ... maaflah kamu tidak layak bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?
A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak mempunyai ciri-ci ri tersebut. Teman wanita pun biasa je.
B : Haa ... (melopong)

0 komentar:

Posting Komentar


Top