Kamis, 07 Agustus 2008

Cerita jenaka

Cerita 1
Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."


Cerita 2
Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."


Cerita 3
Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.

Suami: "Kenapa?" I
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"
Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!"

Cerita 4
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa. Pemburu: "Ah leganya... .. ... singa baik rupanya. Selamatlah aku."
Singa: "Ya... ... .singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Related Posts

  • Lawak nasik ayam tok ketuaSeorang anak gadis telah bertemu jodoh dengan sorang mat saleh dari London. Apabila dah berkahwin, maka menantu tadi pun…
  • Lawak jenakaLawak 1 Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat. Nurse : Ko tulis surat kt sapa? Gi…
  • Lawak Zorro, Robin Hood & Orang AliPada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2…
  • Cerita jenakaCerita 1 Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter... Makcik: "Anak, keretapi sampai ja…
  • Surat putus cinta TijahTijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur . Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi…

0 komentar:

Posting Komentar