Jumat, 15 Agustus 2008

Pantai khas untuk wanita di Mesir

Wanita Mesir yang menutup aurat kini boleh menanggalkan tudung dan memakai bikini di pantai yang dikhaskan untuk mereka di sebuah pusat peranginan di sini.Pantai bergelar La Femme dalam bahasa Perancis yang bermaksud 'Wanita' yang dibuka khas di sebuah pusat peranginan mewah itu hanya dikhaskan untuk kaum wanita dan kanak-kanak.

"Idea untuk mewujudkan pantai khas untuk kaum wanita ini sangat mengagumkan kerana kami mempunyai alternatif untuk mandi-manda di laut dan berjemur di pantai," kata seorang pengunjung La Femme, Safa.

Kebanyakan pengunjung pantai ini bagaimanapun terdiri dari golongan kelas menengah dan atasan seperti Safa kerana ia mengenakan caj yang agak tinggi.

Yuran masuk ke kelab eksklusif ini ialah AS$14 (RM46) pada hari biasa dan AS$16 (RM53) pada hari Sabtu dan Ahad atau pada cuti umum.


Menurut Safa, walaupun terpaksa membayar pada harga yang mahal, dia sangat gembira kerana tidak lagi bimbang untuk mandi di laut dan memikirkan apa yang perlu dipakai bagi melindungi pandangan lelaki.

Pengusaha pantai khas itu, Walid Mustafa berkata, idea untuk mewujudkan pantai itu lahir selepas menyedari kehendak wanita dalam masyarakat konservatif di Mesir.

"Ketika ini, dianggarkan hampir 80 peratus penduduk wanita yang beragama Islam di negara ini menutup aurat.

"Namun mereka juga mahu bersantai di pantai dan bebas dari pandangan lelaki,'' tegasnya.

- AFP

Related Posts

  • UM lahirkan lebih 120,000 graduanKonvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-47 di Dewan Tunku Canselor (DTC), Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan 6,95…
  • Kedah Juara Tiga PialaKedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir…
  • Pesawat ringan terhempas di SetiuPesawat ringan yang dilaporkan hilang ketika dalam latihan penerbangan petang semalam ditemui terhempas di hutan Bukit B…
  • RM46j duit raya TerengganuKerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan RM46.594 juta sebagai bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena H…
  • Harga Petrol TurunKerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter…

0 komentar:

Posting Komentar