Minggu, 10 Agustus 2008

Bagaimana untuk menjadi blogger??

Hari ini saya ingin mengajar kawan-kawan semua tentang bagaimana untuk menghasilkan blog yang baik dan menarik supaya selepas ini akan lahir lebih ramai lagi jurnalist ataupun blogger tempatan yang berjaya dan bergaya.

Terdapat tujuh (7) peringkat atau proses yang perlu dilalui oleh kawan-kawan yang baru nak memulakan penulisan blog ini.

Pertama : Dapatkan tapak blog dahulu
Tapak blog ini boleh diperolehi secara percuma ataupun melalui hosting sendiri. Tetapi di sini aku lebih menekankan kepada tapak blog yang percuma. Terdapat beberapa laman blog yang menawarkan perkhidmatan yang percuma seperti www.blogger.com , www.blogspot.com , www.blogdrive.com , www.wordpress.com , www.myblogsite.com , www.livejournal.com , www.tblog.com , www.typerpad.com dan www.textamerica.com .

Kedua : Dapatkan idea dan identiti blog
Idea dan identiti blog adalah penting. Agar tidak sama dengan orang lain. Lebih-lebih lagi dari segi kandungan tulisan dan material yang ada di dalam blog kita. Ini bagi mengelakkan pengunjung blog tidak cepat merasa bosan kerana melihat terlalu banyak blog dengan idea dan identiti yang sama.

Kebiasaannya blogger tempatan lebih gemar menulis blog untuk mencatat aktiviti harian masing-masing. Tetapi walaupun ianya mencatatkan aktiviti harian, namun ianya diterjemahkan dalam bentuk yang berlainan dan berbeza antara satu sama lain. Dan inilah yang memberi kelebihan dan kelainan kepada sesuatu blog itu.

Ketiga : Dapatkan design yang tersendiri
Blog yang baik adalah blog yang mempunyai design yang tersendiri dan tidak dicedok atau diciplak daripada mana-mana blog yang lain. Berbanggalah dengan hasil usaha anda sendiri. Malah sesetengah tapak blog juga ada menyediakan template dan kita hanya perlu mengeditnya sahaja. Bertanyalah dengan kawan-kawan yang sudi memberikan pandangan dan tunjuk ajar.

Malah selain itu, terdapat beberapa laman web yang menyediakan dan menawarkan template blog secara percuma iaitu seperti http://www.blogskins.com . Kawan-kawan juga boleh mencarinya dengan menggunakan enjin pencari seperti http://www.yahoo.com atau http://www.google.com .

Keempat : Dapatkan material untuk blog
Selain template, material seperti gambar untuk header dan user icon juga perlu kita miliki. Malah material-material seperti yang ada dalam blog saya ini adalah salah satu contoh daripada beribu yang ada di luar sana. Tinggal lagi kita perlu berusaha lebih sedikit.

Tidak susah nak mencarinya. Asalkan kita rajin dan bersungguh-sungguh. InsyaAllah, semuanya akan menjadi mudah dan lancar. Dan jangan malu untuk bertanya dengan kawan-kawan blog yang lain. Tak rugi mana. Malah kita mendapat ilmu. Seperti mana yang kita ketahui jika ilmu itu digunakan untuk kebaikan. InsyaAllah manafaatnya kita sama-sama akan perolehi. Maka kata kuncinya juga adalah banyakkan surf dan membaca.

Kelima : Mulalakan dan teruskan menulis secara konsisten
Setelah semua urusan dan proses di atas selesai. Maka kawan-kawan sudah boleh untuk menulis di dalam blog kawan-kawan. Nasihat saya adalah satu, “sekali menulis, pastikan terus menulis”. Jangan sekadar hanya hangat-hangat tahi ayam ataupun untuk mencari publisiti murahan. Bertanggungjawablah ke atas blog kita. Berhemahlah semasa menulis di dalam blog kita.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, terdapat banyak blog di pentas siber ini yang menggunakan taktik-taktik kotor untuk menarik minat kawan-kawan blog yang lain untuk membaca blog mereka. Antaranya menggunakan gambar ataupun tulisan berunsur lucah. Ada juga yang tulisan-tulisan yang dimasukkan berfahaman politik semata-mata. Tidak kurang blog yang dihasilkan untuk menghentam orang lain dan masyarakat sekeliling. Ingat! Jangan sampai kita juga berbuat begitu. Kerana jika kita berbuat begitu, maka kita juga telah melakukan salah satu daripada tiga yang di bawah :

MEMFITNAH, MENGUMPAT DAN MENGHINA

Tepuk dada, tanya iman!

Keenam : Membuat pautan sesama kawan blog
Ini merupakan salah satu usaha atau rangka promosi untuk menghebahkan tentang kehadiran dan kewujudan blog yang kita bangunkan ini. Ada sesetengah blog menggunakan pertukaran pautan atau exchange link. Ini bagi membolehkan pengunjung di blog lain tahu akan kewujudan blog baru melalui blog-blog yang selalu dikunjunginya. Sesekali kita juga boleh mempromosikan melalui tagbox atau shoutbox yang ada di sesetengah blog. Selain itu, kita boleh membuat button blog untuk dijadikan satu lagi bahan untuk mempromosikan blog kita.

Pelbagai kaedah lagi boleh digunakan untuk mempromosikan blog yang dibangunkan. Terpulang kepada kita sama ada mahu mempromosikan blog kita atau tidak. Dan apabila blog kita kerap dilawati dan dikunjungi, secara automatiknya blog kita akan ada di enjin pencari.

Ketujuh : Kemaskini blog selalu
Mengemaskini blog mengikut tempoh waktu tertentu ataupun secara berkala adalah perlu. Sekali-sekala ubahlah material atau design yang ada. Ataupun tambahkan lagi material kita. Cuma nasihat saya, janganlah sampai blog kita nanti jadi seperti semak-samun. Bersepah-sepah material. Sehingga pada satu ketika terlalu berat untuk dibuka.

Jika ingin memasukkan lagu, dinasihatkan agar tidak memasukkan terlalu banyak lagu. Cukup sekadar satu sahaja. Kemudian boleh masukkan juga video klip. Cuba masukkan klip lagu yang sedang hangat di pasaran sekarang.

Kalau ada mana-mana yang kawan-kawan tidak faham, jangan segan untuk bertanya. Sehingga bertemu lagi, jaga diri dan hiasi diri dengan akhlak yang mulia. Sekian, Wassalam. Selamat berblog!

0 komentar:

Posting Komentar


Top