Minggu, 10 Agustus 2008

PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41

PEPERIKSAAN KHAS MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41

Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 ini perlu diduduki oleh calon yang memohon mana-mana jawatan berikut:

1. Kaunselor Gred S41
2. Pegawai Arkib Gred S41
3. Pegawai Tadbir Gred N41
4. Penguasa Kastam Gred W41
5. Penguasa Bomba Gred KB41
6. Pegawai Siasatan Gred KR41
7. Penguasa Penjara Gred KX41
8. Pegawai Penerangan Gred S41
9. Pegawai Penguatkuasa Gred N41
10. Pegawai Keselamatan Gred KP41
11. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
12. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
13. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
14. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
15. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Pada hari peperiksaan calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut :
i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan;,
ii. Kad Pengenalan;
iii. Pensil 2B, pen, pembaris, pemadam; dan
iv.Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.

Hanya calon yang melepasi tapisan ini akan dipertimbangkan untuk temu duga.

MAKLUMAT UJIAN

Peperiksaan ini mengandungi dua bahagian iaitu:

Bahagian I:
Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

Bahagian II:
Seksyen A - Sahsiah Diri

Bahagian I:
Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen ini mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya. Ia merangkumi isu politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik dan sukan. Skop ini terlalu umum dan tiada bahan rujukan khusus.

Masa: 45 minit
Soalan: 60

Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengukur kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut:

i. Kemahiran Logik
Elemen ini mengukur kemahiran berfikir serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan

ii. Kemahiran Menginterpretasi Data
Elemen ini mengukur kecekapan calon untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii. Konsep Matematik
Konsep Matematik yang diukur merangkumi algebra dan geometri. Asas Matematik tersebut tidak melebihi sukatan dalam kertas Matematik Sijil Pelajaran Malaysia.

Masa: 45 minit
Soalan: 40

Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur dari aspek:
(i) Kemahiran memindahkan maklumat
(ii) Kefahaman
(iii) Kemahiran Tatabahasa dan Kosa Kata

Masa: 45 minit
Soalan: 40

Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa: 1 jam
Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: 300 hingga 500 perkataan

Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa: 1 jam
Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: 200 hingga 300 perkataan

Bahagian II:
Seksyen A - Sahsiah Diri

Bahagian ini bertujuan untuk mengukur kesesuaian sahsiah calon untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab dengan jujur, berdasarkan kepada diri. Calon dinasihatkan agar tidak berfikir terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.

Masa : 40 minit
Jumlah Soalan : 200

Contoh Soalan

1. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

2. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

SUMBER :
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
www.spa.gov.my

0 komentar:

Posting Komentar


Top