Jumat, 08 Agustus 2008

Adab-Adab Menuntut Ilmu

1. Ikhlas kerana Allah :

Seseorang yang menuntut ilmu hendaklah berniat

Rasulullah SAW bersabda maksudnya "Barang siapa menuntut ilmu bukan semata-mata kerana Allah tetapi semata-mata kerana mendapat habuan dunia (seperti pangkat, kedudukan, dipandang tinggi) dia tidak akan dapat mencium bau syurga". (Riwayat: Ahmad, Daud dan Ibnu Majah) ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

2. Membasmi kejahilan diri :


Menuntut ilmu dengan niat untuk

Dengan belajar kita akan menjadi seorang yang berilmu dan sekaligus menghilangkan kejahilan.

Imam Ahmad R.A berkata : " Ilmu itu boleh ditandingi jika niat (belajar)nya benar". Murid-murid beliau bertanya quot; Bagaimana caranya?".

Beliau menjawab "Berniat menghilangkan kejahilan dari diri sendiri dan orang lain".
menghilangkan kejahilan diri kerana pada dasarnya setiap manusia tidak tahu apa-apa sebelum belajar.

3. Menjaga syari'at :

Penuntut ilmu perlu membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah) dan perkara-perkara yang sesat.

4. Lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat :

Sekiranya timbul perbezaan pendapat ianya permusuhan.
tidak boleh kita jadikan alasan untuk mencela dan mencaci maki orang lain sehingga menyebabkan

5. Mengamalkan ilmu yang dipelajari :

Penuntut ilmu berkewajipan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari baik ilmu aqidah, ibadah, akhlak, adab dan mu'amalah.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di hadapan Allah pada hari Kiamat adalah orang 'alim (orang yang berilmu) yang tidak mengambil manfaat dari ilmunya". (Riwayat Ad Darimi)

6) Mengajak ke jalan Allah SWT :

Penuntut ilmu hendaklah menjadi da'i (pendakwah) yang menyeru ke jalan Allah SWT.

7) Hikmah dalam tindak-tanduk :

Penuntut ilmu dengan akhlak dan perilakunya yang terpuji boleh mengajak masyarakat sekelilingnya kepada Agama Allah.

8) Menghargai dan memuliakan ulama' (guru) :

Penuntut ilmu perlu menghormati dan menghargai para ulama' atau guru meskipun ulama' atau guru itu berusia lebih muda daripadanya kerana ada sebahagian orang suka mencari-cari kesalahan guru sehingga merosakkan kewibawaan seorang guru itu.


SIFAT-SIFAT YANG HARUS DIJAUHI OLEH PENUNTUT ILMU :


1) Hasad (Iri hati dan dengki) :

Pesan Rasulullah SAW bermaksud : " Janganlah kalian saling benci-membenci, saling memutuskan hubungan, saling berdengki, saling bermusuhan.

Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


2) Ta'asub (fanatik) :

Syaikh Islam Ibnu Taimiyah telah berkata di dalam kitabnya "Iqtidho Sirathol Mustaqim" :

"Barangsiapa mewajibkan dirinya untuk bertaqlid (mengikut) kepada seorang imam (guru/ketua/pemimpin) tertentu (dengan menolak pendapat imam yang lain) maka dia diminta untuk bertaubat kerana sifat mewajibkan dirinya untuk bertaqlid dengan seseorang imam itu boleh menimbulkan sifat syirik

(menduakan) Allah SWT .


3) Menjauhi maksiat :

Penuntut ilmu perlu menjauhi maksiat sama ada ianya berupa dosa kecil mahupun dosa besar kerana orang yang menjaga diri dari melakukan maksiat mudah mendapat ilmu serta hidayah Allah SWT.

4) Sombong:

Penuntut ilmu perlu bersikap tawadhuk (rendah diri) dengan ilmu yang dimilikinya. Tidak sesekali menduga ilmu kepada orang sekeliling lebih-lebih lagi kepada guru semata-mata untuk mengukur serta menunjukkan kehebatan yang dia miliki.

5) Malas

6) Mudah putus asa

Wallahu a'lam.

0 komentar:

Posting Komentar


Top