Minggu, 06 Juli 2008

Kita sebenarnya apa...???

KITA SEBENARNYA..

lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1
Muharram.


KITA SEBENARNYA..

lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12
Rabiulawal.


KITA SEBENARNYA..

lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada
hari Jumaat.



KITA SEBENARNYA..

lebih khusyuk mendengar lagu daripada
mendengar azan.



KITA SEBENARNYA..

lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada
sembahyang.



KITA SEBENARNYA..

lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-
nama nabi dan rasul.



KITA SEBENARNYA..

lebih suka menyebut helo atau hai daripada
Assalamualaikum.



KITA SEBENARNYA..

lebih suka menyanyi daripada berwirid atau
bertasbih.



KITA SEBENARNYA..

lebih suka memuji manusia
daripada Tuhan kita sendiri.



KITA SEBENARNYA..

lebih suka membaca majalah
daripada buku-buku agama dan al-quran.



KITA SEBENARNYA..

lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah
agama.



KITA SEBENARNYA..


lebih suka memaki,mengumpat orang daripada
mendoakan dan menasihati mereka.



KITA SEBENARNYA..

lebih suka mencarut daripada menyebut
MasyaAllah.



KITA SEBENARNYA..

lebih suka kemungkaran daripada berbuat
kebaikan.



KITA SEBENARNYA..

lebih bangga dengan kejahilan kita daripada
bersyukur dengan keimanan kita.



KITA SEBENARNYA..

lebih cintakan urusan dunia daripada urusan
akhirat.



tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,

kita lebih suka menjawab..



KITA SEBENARNYA..

lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..



tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?



'Yang sesungguhnya, akhirat itulah negeri yang
kekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat,
maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpal
dengan perbuatan jahat itu. dan barang siapa yang
mengerjakan amalan soleh,baik laki-laki mahupun
perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman,
maka mereka akan masuk syurga,mereka
diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab'.

(Surah al-Mu'min)

Related Posts

  • Pertanyaan Iblis kepada Allah SWTSeorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai perta…
  • Hasad dengki hancurkan perpaduan ummahPerasaan hasad dengki sukar dihapuskan dalam jiwa kerana ia lahir di hati kecil tanpa pengetahuan orang lain. Ia bermula…
  • Menepati janji & berkata benarMenghormati, menepati dan melaksana janji dipandang sebagai kewajipan harus diutamakan kerana ia memberi kesan mendalam …
  • Wahai kaum Adam!Oh kaum ADAM....Ketahuilah!Sesungguhnya Hawa itu adalah teman semasa Adam kesunyian di dalam syurga. Hawa asalnyanya ada…
  • 7 Kalimah IstimewaSabda Rasulullah S.a.wbarangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat d…

0 komentar:

Posting Komentar