Rabu, 30 Juli 2008

Beli tiket bas ekspres di internet

AXCESS MyTicket Hub Sdn. Bhd., satu-satunya penyedia perkhidmatan sehenti kepada sistem tiket bas ekspres, Axcess Ezbus (Ezbus) baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan Hewlett-Packard (HP), Microsoft dan Telekom Malaysia (TM).

Perjanjian yang ditandatangani bersama tiga rakan teknologi itu menandakan komitmen Axcess MyTicket Hub dalam menyediakan sistem tiket Ezbus bersepadu kepada orang ramai dengan sokongan teknologi yang kuat daripada rakan-rakan kongsi yang diyakini.

Ezbus merupakan sistem tiket berkomputer terkini yang bertujuan untuk meningkatkan sistem pembelian tiket bas ekspres dengan menawarkan tiga cara utama untuk pembelian iaitu dalam talian, melalui telefon dan kios yang ditempatkan di lokasi strategik.

Pegawai Eksekutif Axcess MyTicket Hub Sdn. Bhd., Salina Jaafar berkata, dengan ujian lancar yang dilakukan ke atas sistem Ezbus selepas pelancaran peringkat pertama awal tahun ini, pihaknya yakin bahawa sistem tersebut mampu beroperasi sepenuhnya dengan perkakasan, perisian dan infrastruktur telekomunikasi yang sesuai.

Tambahan pula katanya, peluang bekerjasama dengan mereka yang terbaik dalam bidang masing-masing seperti HP, Microsoft dan TM, memberikan keyakinan kepada orang ramai bahawa langkah sewajarnya telah diambil dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang bersesuaian bagi memastikan sistem Ezbus beroperasi dengan lancar.

Pembangunan sistem tersebut sangat istimewa kerana ia melibatkan rakan kongsi yang memainkan peranan penting dalam memastikan orang ramai mendapat manfaat daripada kemudahan membeli tiket bas.

“Pengusaha bas pula mempunyai data dan sokongan yang diperlukan bagi meningkatkan jualan mereka, selaras dengan slogan 'buy tickets any way you like,’’ ujar Salina.

Beliau menyatakan demikian pada majlis perasmian sistem tersebut oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Bin Omar yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran.

Dijana oleh pelayan backend robust blade HP, sistem ini dioptimumkan untuk prestasi bagi meminimumkan gangguan dan pada masa yang sama memastikan sistem Ezbus berjalan lancar.

Juga dengan penggunaan teknologi 'Thin Client' HP sebagai perisai hadapan, sistem ini memerlukan penyelenggaraan pencegahan minimum.

Menurut Pengurus Besar Negara, Kumpulan Sistem Peribadi, Hewlett-Packard (M) Sdn. Bhd., Danny Lee pula, sebagai pembekal IT yang terkemuka, Axcess Ezbus akan menikmati penyelesaian teknologi inovatif HP yang terkini, yang mana direka untuk penjimatan tenaga dan prestasi optimum serta masa hidup yang maksimum.

Sistem Ezbus juga dibina daripada seni bina .NET yang terkini dan disediakan oleh Microsoft, menggunakan versi terkini Microsoft iaitu perisian Database SQL.

Ia membolehkan sistem ini diumpilkan ke atas kecerdasan perniagaan yang dibina dalam pelayan SQL 2008 yang mana ia boleh mengeluarkan maklumat seperti demografik yang turut memberikan maklumat pola pembelian orang ramai dengan waktu pembelian.

Ini pastinya berguna kepada pengusaha bas dalam pemasaran dan analisis perniagaan mereka.

Sementara itu, Ketua Pemasaran dan Pegawai Operasi Microsoft Malaysia, Yasir Yousoff berkata, pihaknya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif perintis sistem tersebut dan penggunaan Pelayan Microsoft SQL Server akan memberikan tahap keselamatan yang tertinggi, diyakini dan mampu diskala untuk aplikasi perniagaan genting seperti Ezbus.

Ezbus juga dihubungkan oleh infrastruktur Telekom Malaysia yang besar dengan penggunaan Streamyx, yang memanfaatkan sepenuhnya kelebihan MyIX inisiatif daripada ISP di Malaysia yang memastikan pengoptimuman kelajuan apabila ia tiba di trafik Internet yang disambungkan secara setempat.

Ketua Pegawai Operasi TM Retail, Datuk Adnan Rofiee berkata, pihaknya juga berbangga menjadi sebahagian daripada kerjasama dengan Axcess MyTicket Hub.

“Memandangkan sistem Axcess Ezbus boleh diaskes secara dalam talian, mempunyai IP yang tetap, ia memberikan pengesahan yang diperlukan bagi orang ramai memastikan bahawa mereka mempunyai akses yang selamat semasa membeli tiket.

“Pada masa yang sama, ia membolehkan pengusaha bas dengan sistem Ezbus untuk mengakses komputer syarikat mereka secara berasingan apabila diperlukan. Pada pendapat kami, kerjasama ini merupakan komponen utama ke arah matlamat gaya hidup digital dan selaras dengan Pelan Jalur Lebar Negara kerajaan bagi mempromosikan kelebihan ICT kepada orang ramai,” katanya.

Selain daripada membeli tiket secara dalam talian, sistem Ezbus turut membolehkan orang ramai membeli tiket bas ekspres mereka melalui telefon dan juga daripada kios yang terletak di seluruh semenanjung.

Sistem ini akan memudahkan pembeli dengan mendapatkannya lebih awal tanpa perlu membeli di terminal bas. Ia juga akan membenarkan dan menyeragamkan proses pembelian tiket dengan lancar yang mana akan menjimatkan masa dan wang orang ramai.

Satu lagi ciri utama Ezbus ialah ia membolehkan sesiapa sahaja tak kira dari mana membeli tiket secara dalam talian.

Pelancong yang bercadang melawat Malaysia kini boleh merancang perjalanan mereka dengan mudah dan lebih awal.

Setakat ini, Axcess MyTicket Hub telah memuktamadkan perjanjian dengan 14 pengusaha bas dan 18 institusi pengajian tinggi bagi memasang sistem Ezbus di pusat jualan tiket masing-masing.

Dengan terlaksananya pemasangan sistem tiket, orang ramai kini boleh menikmati dan menggunakan kemudahan membeli tiket bas mereka pada bila-bila masa, tak kira tempat dan cara.

Untuk membeli tiket secara dalam talian, layari www.ezbus.com.my

1 komentar

  1. Selamat datang ke Doctor walter klinik. Adakah anda ingin untuk menjual buah pinggang atau organ-organ lain jika ya terpakai untuk dijual hari ini dan anda akan diberi kepuasan maksimum yang need.Contact saya melalui e-mel: doctorwalterclinic@gmail.com

    BalasHapus


Top