Kamis, 10 Juli 2008

SMS & E-Mail berantai untuk menambah rezeki adalah khurafat!

Menghantar mesej yang diterima kepada 12 orang atau 10 orang lain atau sebagainya dan mendakwa boleh menambahkan pendapatan atau menerima rezeki yang berlebihan jelas bertentangan dengan Islam. Seperti kita sedia maklum, ajal maut & rezeki kita semuanya Allah SWT yang tentukan.

Surah al A’raf ayat 188, maksudnya ‘katakanlah aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat, kecuali apa yang dikehendaki Allah. Kalau aku mengetahui (perkara) ghaib, tentu aku mengumpulkan dengan banyaknya benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang yang beriman’.

Oleh itu, sesiapa yang mendakwa dirinya tahu perkara ghaib yang hakiki, dia berdusta terhadap Allah dan manusia. Manusia tidak pernah menerima perintah seperti sesiapa yang membawa al-Quran, hendaklah disalin dan menyebarkannya dan jika tidak melakukannya, dia ditimpa musibah. Jadi bagaimana pula dengan wasiat khurafat ini. Perkara ini tentu tidak dapat diterima akal Muslim yang memahami Islam dengan kefahaman sebenar. Dan sesungguhnya sikap percaya mesej berantai yang melebihi kekuasaan Allah SWT boleh memesong akidah dan menjadikan seseorang itu syirik. Umat Islam harus mempercayai kebesaran dan kekuasaan Allah daripada mempercayai perkara karut.


Penyebaran sebegini sudah lama berlaku tetapi hari ini dalam bentuk moden, iaitu menggunakan SMS atau e-mail. Persoalannya; Mengapa kita perlu percaya dengannya kerana Allah lebih berkuasa dan mengetahui?. Jika masih ada umat Islam percaya dengan perkara kurafat seperti ini, itu menunjukkan iman mereka tidak kukuh, sekali gus boleh menjerumuskan diri ke dalam syirik.

Related Posts

  • Contohi kesabaran Rasulullah berdakwahSetiap kejayaan pasti ada cara untuk memperolehnya. Begitu juga dakwah Islam yang bermula dari Semenanjung Tanah Arab hi…
  • Doa istiazah elak gangguan syaitan“Oleh itu apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan …
  • Puasa sunatNiat bagi puasa sunat boleh dilewatkan, tempohnya ialah sehingga tergelincir matahari. Jika anda terlupa berniat di mala…
  • Apa itu mimpi?Pernahkah anda bermimpi? Bagaimana, jika ia mimpi sedih atau gembira? Malah, ada yang tidak bermimpi, hanya buat-buat ce…
  • Tokoh Islam - Ibnu SinaIbnu Sina (370 H - 428 H / 980 M - 1037 M)Kelahiran dan kehidupan beliau: - Nama beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin…

0 komentar:

Posting Komentar