Selasa, 15 Juli 2008

10 Alasan Lelaki Takut Kahwin??

1.Bertanggapan bahawa komitmen jangka panjang(perkahwinan) akan menjejaskan hubungan mereka dgn orang lain. Read more...

2.Tidak akan lagi dapat menjadi bebas seperti zaman bujang.Bimbang segala aktiviti mereka akan dipantau oleh isteri.

3.Bercerai !!! merupakan perkara yang paling ditakuti oleh lelaki (bukan org pompuan jerr yg takut perceraian).

4.Trauma - kesan/impak daripada pengalaman masa lampau mereka, seperti pernah berlaku perceraian antara ibu bapa dan anak-anak mengalami kemurungan(depression),ataupun melihat konflik atau kegagalan rumahtangga orang-orang lain yang terdekat dgn mereka.

5.Bimbang dan takut apabila sudah berkahwin,mereka akan jatuh cinta lagi dgn perempuan lain.(ini kes masih ragu2 dgn kekasih dan tiada keyakinan diri).


6.Malas dan takut untuk memimpin rumahtangga,menguruskan urusan dalam rumahtangga seperti perbelanjaan,anak anak,dsb.

7.Bosan!!! mereka beranggapan bahawa berkahwin akan menyebabkan mereka perlu melakukan rutin hidup yg sama setiap hari.

8.Bertanggapan bahawa apabila berkahwin,mereka perlu berkompromi dgn isteri. Dan ini pada tanggapan mereka sedikit demi sedikit akan melunturkan kuasa dan kebebasan mereka.

9.Masih belum bersedia untuk meninggalkan segala keseronokan hidup bersama teman-teman (dgn kata lain,masih belum puas enjoyler tuhh).

10.Tidak mempunyai naluri kebapaan,iaitu tidak mempunyai perasaan dan keinginan untuk memperolehi zuriat sendiri.

Related Posts

  • Untuk lelaki - 10 perkara jangan beritahu wanita10. Dia tidak disukai keluarga anda Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara…
  • Kenapa hati tidak tenang??Di antara sebab-sebab hati tidak tenang:1. PEMARAH Paling mdah dkesan dan dlihat dln dari mnusia. org seperti ini jarang…
  • Tips apabila putus cintaPutus cinta dan susah nak lupakan dia? Ikuti tips di bawah untuk anda yang pernah putus bercinta dan yang masih dalam pr…
  • Ketahui punca merajukBagaimana agaknya jika teman lelaki atau suami merajuk kerana sesuatu perkara yang tidak diketahui?Meskipun dianggap per…
  • Kemaafan hapuskan kemarahan & dendamAntara kemarahan, dendam dan kemaafan. Tiga istilah itu berada pada situasi berbeza, namun ia berkait rapat antara satu …

0 komentar:

Posting Komentar