Selasa, 08 Juli 2008

KEPUTUSAN MUET (PERTENGAHAN TAHUN) - 16 JULAI 2008

Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) Pertengahan Tahun 2008 akan dikeluarkan 16 Julai ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan di sini hari ini berkata semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing seawal pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan menerima keputusan mereka melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat SMS dengan menaip MUET-jarak-No.Kad Pengenalan dan hantar ke 39003, bermula 16 Julai dari pukul 12.01 pagi.

Mereka juga boleh melayari laman web MPM, di http://www.mpm.edu.my bermula pukul 9 pagi pada tarikh itu, kata kenyataan itu.

Seramai 91,268 orang calon menduduki ujian itu di 887 buah pusat ujian di seluruh negara.

Kenyataan itu berkata bagi calon yang ingin menduduki semula peperiksaan berkenaan pada ujian Akhir Tahun 2008, mereka perlu membuat pendaftaran di Jabatan Pelajaran Negeri atau di Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan sebelum 24 Julai ini.

— BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar


Top