Rabu, 30 Juli 2008

Ibadat solat dikira doa

SAIDINA Umar r.a berkata, dalam kitab al-Muwatta', sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya, bererti dia memelihara agamanya dan mereka yang mensia-sia kannya, dia akan mensia-siakan kewajipan lain dalam aga ma.

Menurut Sidi Ahmad bin Ata'illah dalam kitab at-Tanwir, solat amat besar kemuliaan, malah keadaannya di sisi Allah amat berat dan kerana itulah Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mung kar.”

Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai semulia-mulia amal, baginda menjawab, maksudnya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”

Ibadat solat suatu ibadat yang mendekatkan hubungan di antara seorang hamba dengan Tuhannya, sebagaimana sabda baginda dalam hadis bermaksud: “Sehampir-hampir se seorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud.”

Solat dari segi bahasa ialah doa, istilahnya ialah ibadat yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam.

Dalam solat terhimpun berbagai-bagai jenis ibadat yang tidak ada pada ibadat lain, seperti bersuci, berdiam diri, mengadap kiblat, membaca al-Quran, berdiri, rukuk, sujud, bertasbih dalam rukuk dan sujud.

Ibadat itu juga mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran dan kefasadan (kerosakan), melahirkan jiwa yang tenang, menghapuskan dosa kecil, mendisiplinkan diri mukmin khususnya dalam aspek pengurusan dan pematuhan terhadap masa serta peraturan.

Oleh kerana solat adalah ibadat istimewa yang mendekatkan diri seorang hamba dengan Tuhannya, apakah seseorang yang mendirikan solat dibolehkan memanjat permohonan kepada Allah, berdoa untuk kesejahteraan atau hal berkaitan du niawi?

Ada sesetengah mendakwa dibolehkan berdoa di dalam solat, malah berdoa, meminta sesuatu berkaitan duniawi sepanjang mengerjakan solat tidak salah, kerana ada pendapat ulama seperti Maliki dan golongan Hanbali menyokong amalan itu.

Ini termasuk memohon pertolongan Allah dalam hal ber kaitan pelajaran, perkahwinan dan meminta dipermudahkan segala urusan atau memohon kesihatan seseorang kawan, malah memohon dipertemukan dengan kawan yang baik.

Golongan ini berhujah dengan pendapat Imam Malik seperti dalam al-Mudawwanah: “Tidak salah seseorang berdoa bagi keperluannya sepanjang solat wajib, keperluannya di dunia ini dan di akhirat, sewaktu berdiri, duduk dan sujud.”

An-Nawawi juga dikatakan ada menyatakan dalam al-Ma jmu': “Pandangan kami ialah diizinkan untuk berdoa se panjang solat untuk semua perkara sebagaimana diizinkan berdoa di luar solat, sama ada urusan spiritual atau du niawi...”

Bagaimanapun, Abu Hanifah dan Ahmad menegaskan, tidak dibenarkan berdoa sepanjang solat kecuali doa se bagaimana mengikut nas al-Quran.

Pendakwah, Mohd Rani Awang Besar, berkata dalam solat yang terpenting ialah khusyuk kerana faktor itulah yang menjaminkan kualiti ibadat seseorang.

Menurutnya, dalam al-Quran di sebut berulang kali me ngenai khusyuk seperti surah al-Baqarah, ayat 238, mak sudnya: “Peliharalah kamu segala solat fardu, khasnya solat Wusta (Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan khusyuk.”

Dalam ayat 33, surah ar-Rum bermaksud: “Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan dengan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mem persekutukan Allah.”

Beliau berkata, apabila seseorang khusyuk dalam solat bermakna dia ingat kepada Allah dan jika demikian sudah tentu dia mendapat perlindungan Allah.

“Dalam solat ada doa yang dikhususkan seperti doa Iftitah sebelum membaca surah al-Fatihah ketika berdiri, doa ketika duduk antara dua sujud dan doa ketika bacaan Qunut dalam solat Subuh.

“Cuma hendak memandai-mandai menambah doa lain dalam solat fardu adalah tidak harus, kerana boleh jadi menyebabkan berlaku penambahan rukun atau perbuatan bidaah dan sudah tentu akan terbatal solat,” katanya.

Rasulullah s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Orang yang mengerjakan solat adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya.”

Mohd Rani berpendapat, ibadat solat itu dikira doa, kerana pada sudut bahasa solat bermakna doa dan sudah tentu tidak memerlukan kepada doa tambahan yang lain, kecuali yang dikhususnya seperti doa Iftitah, doa ketika duduk antara dua sujud dan doa Qunut.

Mungkin wujud sedikit perbezaan pendapat menentukan keharusan berdoa.

Bagaimanapun, cara paling tepat mendirikan solat, hen daklah berpandukan kepada cara diajarkan Nabi Muhammad s.a.w.

“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

lbadat solat yang dikerjakan semberono tidak diterima Allah kerana rnereka-reka sesuatu yang bertentangan dengan sya riat dianggap bidaah.

Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: Daripada Aishah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada suruhan kami, maka ia ditolak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

1 komentar

  1. PEMBERITAHUAN 2019 !!!

    Hospital Perjumpaan Delight (DMH)

    Adakah anda dalam keadaan kacau kewangan?

    Adakah anda memerlukan wang dengan segera untuk membayar hutang besar?

    Adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk membangkitkan wang segera untuk keperluan mendesak?

    Tunggu, mengapa tidak mempertimbangkan untuk menjual buah pinggang dengan jumlah yang sangat baik ($ 550,000) setengah pembayaran akan dibuat terlebih dahulu sebelum pembedahan untuk manfaat keraguan kepada penderma sebenar.

    Saya Doktor Larry Patryk, wakil dari Hospital Perubatan Delight. (DMH) Cawangan kami terletak di: -

    U.S.A, INDIA, MALAYSIA, NIGERIA, AUSTRALIA, KUWAIT, SENEGAL.

    CATATAN:-

    * Penderma mesti sihat secara klinikal.

    * Penderma harus memiliki salah satu jenis darah A +, B +, atau O + untuk dapat mendermakan organnya.

    * Donor harus mempunyai jisim badan tidak kurang dari 35.

    * Penderma tidak boleh menjadi perokok atau penagih alkohol.


    Jika berminat, hubungi kami
    E-mel; Larrypatryk@gmail.com
      whatsapp; +16318005167

    BalasHapus


Top