Selasa, 12 Agustus 2008

Tanggungjawab suami dan isteri

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.

Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (An-Nisaa’: 34)

Huraian
Keluarga adalah institusi yang pertama di dalam kehidupan manusia dan merupakan destinasi awal yang mempengaruhi seluruh peringkat perjalanan hidup manusia yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah Allah.


Allah telah mencipta manusia lelaki dan perempuan sebagai suami isteri mengikut hukum alam untuk membangun alam ini. Suami dengan tugas hakikinya sebagai ketua keluarga, bertanggungjawab terhadap rumah tangga dalam memberi nafkah dan membiayai keperluan isteri dan anak-anak manakala isteri pula Allah SWT jadikan untuk mengandung, melahirkan, menyusui dan mendidik anak-anak sesuai dengan fitrah kejadian kaum hawa.

Oleh itu, adalah adil bagi Allah meletakkan tanggungjawab lelaki sebagai pemimpin dan pengawal yang memberi perlindungan kepada kaum wanita kerana kelebihan mereka dalam hal memberi nafkah kepada kaum wanita.

Kesimpulan
Islam telah menetapkan tanggungjawab suami dan isteri mengikut fitrah kejadian masing-masing. Suami merupakan pemimpin dalam rumah tangga sedangkan isteri bertanggungjawab menjaga rumah tangganya termasuk wajib menjaga kehormatan dirinya serta mendidik anak-anak mengikut syariat Islam.

Related Posts

  • Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.WERTI Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Pales…
  • Penyebab datang dan perginya rezekiPenyebab datangnya rezeki adalah rasa syukur. Sedangkan penyebab semua rezeki ditarik adalah kufur (lupa diri). Allah ak…
  • Siapakah kita??Peringatan buat diriku yang sering lupa........Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini h…
  • Jumaat penghulu segala hariJUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat. Banyak…
  • Kelalaian & kealpaan kitaFirman Allah SWT di dalam al-Quran, yang bermaksud:" Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah,i…

0 komentar:

Posting Komentar