Selasa, 05 Agustus 2008

10 orang yang solatnya tidak diterima Allah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4.Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.


5.Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6.Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8.Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9.Orang yang suka makan riba.

10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT.”

Related Posts

  • Jauhi rasuahRasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang per…
  • Solat tengah malamSyeikh Muhammad Solih al-Munajjid menjelaskan, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk …
  • Jaga lidah bila bercakapKeupayaan lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati.Lidah hendaklah di…
  • Keistimewaan Surah Ali-ImranNama surah ini dinamakan dengan ali-Imran ialah kerana keluarga Imran kerana terdapat kisah mereka dalam ayat 33 hingga …
  • Zikir terapi jiwaIbadat yang sangat dianjurkan Islam kepada umatnya dalam kehidupan seharian ialah berzikir kepada Allah. Jika ditinjau s…

0 komentar:

Posting Komentar