Sabtu, 19 Juli 2008

Amalan selepas buang air

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi
sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini,
Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak
amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas
dari azab api neraka. Syaidina Abu Bakar pernah hendak
menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan
suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu
disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala
jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu
menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat
berkata-kata, Katanya " Apakah salah ku ke ana aku telah diutus oleh
Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki
amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang

mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang
air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan
berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar
kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa
kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan
dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan
dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya
menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia
tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang
berbibir-bibir itu.

Wassalam
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga

Related Posts

  • Jangan melintas di depan orang sedang solat!!Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ... ... . "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya…
  • Adab musafir mengikut IslamSesetengah di antara kita selalu keluar, sama ada kerana urusan pekerjaan, menziarahi keluarga dan kenalan atau kerana s…
  • Persiapan untuk bulan Ramadan1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, “Barang siapa yang dihatinya merasa gembir…
  • Cantik Zahir & BatinMemang manusia sukakan kecantikan. Islam sendiri tidak menegah umatnya untuk tampil cantik, kerana kecantikan itu sendir…
  • Syarat Sah, Rukun & Niat PuasaIBADAH PUASAFirman Allah Ta’ala :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِين…

0 komentar:

Posting Komentar