Kamis, 12 Juni 2008

Rukun dan cara mandi wajid (junub)

Rukun mandi ada 2 perkara:

1. Niat: untuk mengangkat hadas besar seperti junub,haid dan nifas.

Lafaz niat:
"Sahaja saya mengangkat hadas junub/haid/nifas kerana Allah Taala"

2. Membasuh seluruh anggota yang zahir

Wajib meratakan air ke seluruh anggota badan seperti rambut, bulu-bulu yang terdpt pada anggota, kulit telinga yang di sebelah luar, kemaluan perempuan yang zahir di masa ia duduk membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir di masa membuang air besar. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan. Apabila salah satu anggota badan tidak dikenakan air, maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.


CARA-CARA MANDI yang BAIK

Semua amalan ibadat yang nak kita lakukan sekurang-kurangnya mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Telah diriwayatkan oleh Saidatina Aishah lah.a. tentang mandi Rasulullah s.a.w.. Katanya, �Bahawa ketika Nabi s.a.w. mandi junub. Baginda memulakan membasuh kedua-dua tangan baginda. Kemudian, baginda mencurahkan air dan membasuh kemaluan baginda dengan tangan kiri. Seterusnya mengambil wuduk. Kemudian, baginda mengambil air dan menjirusnya ke kepala serta menyelit-nyelit pangkal rambut setelah air meresap ke seluruh pangkal rambut lalu dicurahkan air dari atas kepala sebanyak 3x. Kemudian meratakan air ke seluruh badan. Setelah itu, baginda menjirus bahagian kanan 3x dan bahagian kiri 3x. (Riwayat Bukhari & Muslim)


Bagi perempuan yang mandi wajib haid, disunatkn menggunakan sedikit kasturi atau benda yang agak wangi(halal) sedikit untuk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yang tidak elok dengan cara meletakkan wangian itu di atas kapas dan memasukkannya ked lm faraj(kemaluan), sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
"Ambillah sedikit dari kasturi kemudian bersihkan dengannya."

Related Posts

  • Islam dan kad kreditJika dulu agak sukar untuk memiliki kad kredit, tetapi kini ia lebih mudah, sekali gus memberikan peluang kepada lebih r…
  • Dunia atau akhirat??Islam menganjurkan umatnya supaya mengimbangi antara dua tuntutan iaitu duniawi dan ukhrawi dalam masa melakukan sesuatu…
  • Amalan istighfar sebagai penghapusan dosaRASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Demi Allah, jika kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang …
  • Doa harian untuk diri sendiri & ibubapaMaksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebaga…
  • Sedarkah betapa kerdilnya kita??Gambar dibawah ini semoga dapat menjadikan kita menyedari bahawa begitu besar kuasa, keagungan dan kebesaran Allah SWT. …

0 komentar:

Posting Komentar