Tampilkan postingan dengan label Bahasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Bahasa. Tampilkan semua postingan

Minggu, 17 Agustus 2008

Belajar dialek Terengganu 2

Belajar dialek Terengganu 2

sapok jauh …..teramatlah jauhnye
panah sang (panah kettik)………panas yg teramat sgt
comel lote………comel yg amat
ija naung……….hijau kehijauan
sejuk ketto……..sejuk yg sgt2
itang lettung (itang leggang)……tersangat laa hitamnya
punoh jahnang……rosak
pughah hangik……hampeh gile
gugha bewok……..gurauan yg menyebabkan pergaduhan
air geh tujuh yu pi - cak katung jogek-jogek…air 7UP (kuale beghang/kuala berang)
taik ayang muna….tahi ayam yg masih hangat
kona/lepe………corner lipat/baring
kelecak………..terpelanting
nakuk paik…….penakut yg amat
tinggi lonjong….tinggi sgt tinggi
nyayuk……sama mcm diatas
masing pekkok…..teramat masin!
sekak netting…..singkat sgt (kain)
nipih nayyang…..sgt nipis
maknga…………cuai
babei………….degil (taktau nak eja camane)
jabir/supek/plastik ghok-ghak………plastic bag je padahal
koghok…………tengkorak
kehek………….muntahkan semula
puahsang……….boring (kepuasan)
meppeh…………tak larat
kepeh blepeng…..kempis sgt(sampai mcm lempeng?)
lapo perok……..lapar (bahse ganu yg sering berangkai, sebut lapo misti ade perut)
ngatuk mate…….ngantuk (samela tak ble pisah ni.. kene bitahu eheh)
rokok cap unta nabai.. rokok camel koleberang’s)
bodo do’oh lalu……..bodoh sangat
koghok keghing ngoh….tengkorak yg sudah kering (mcm mengata/mengumpat)
kelecak baghak……terpelanting
kerek tlage……konkrit mengepung telaga
tadok aghoh……..habis ikhtiar penuh
poppok/rumbu…….penuh sampai melimpah
khapoh………..berselerak, kerak (goreng posing etc)
penuh nembok……penuh sampai melimpah
gemok debbok……gemuk sgt
kuruh kering…..sgt kurus
botok licing…….botak licin (rambut)
beso jereguk…..besar
kecok………….jln terhincut2
gege…………..bising
suke glekek…….ketawe menggelekek
ketor geggor……terketar2 smp bergegar..hehe
manih leting……sgt manis
dulli mung……..tak ambik peduli
musing ketang caghi…..cari merata2
letihsang………sgt letih
bapok gong……..sgt besar
gong…………..sombong srupe
tule/supatula…….serupe je
beghak nanang……sgt berat
ringang lepung…..sgt ringan
ketik nnyamuk……digigit nyamuk
makang kkucing…..dimakan kucing
kattok wong……..katak (siap ade bunyi tuu)
dok tahu starang…..tak tahu pun
busuk kohong….busuk giler
agah…org yg sombong
soheh dok munggg??… ko ni biar betul!!
sewang……lbh kurang serabut jgk
membo nga bang……dok tahu nk explain
ape ke jadah …… apa hal
apah nyor…… hampas kelapa
anguh letong…… sangat hangus
bata golek ….. boaster/bantal
pelok bronok ….. sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
bepang ……. sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
boloq woq …… serabut
bahang ……. pukul
Bluahh ……comot
culah …… malas
cekiik……. cubit
dokdang ……. tak sempat
glising ……merekah
iseng ……. gila
ikang aye …… ikan tongkol
ikang kerah ekor …… ikan cencaru
khelloq ……. malu kot!
tunggu stor ……. tunggu sekejap
Kupik ………kedekut
Kembit ……mengada-ngada
gembik…..lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je
ngerek…… selalu bwk awek kot?
Lembek ….. tilam
Lambur ……. beranda/balkoni
meroh merang ……..merah sangat
memang dok arr ……. memang tak ar!
musing ligat ……… berpusing2
musing ketang ……… berpusing2
ngoyang ……. meroyan
nyekik ……… menyampah
nyakit nyamang …….. tidak bersangkutpaut
nyeh-nyeh …….. mengada-ngada
nisang …….gula melaka
skekk ….. sedikit
se`jek …… masjid
sekut merri ……biskut merrie
se’eh …… kenyang sangat
sorok……. drawer
tawor hebbe ……. tawar gile
tawor lembo….tawar(air)
tohok……buang
senyak tupih( senyap tuppah )…..senyap sunyi
tinggi sayuk….sgt2 tinggi
beso jallo…..sudah besar(org)
kecik tuek…..kecil sgt2
pucak kesi…….pucat putih
bising bango…..bising sgt
uduh sepang…..hodoh
uduh sepang ko’ong…….hodoh sgt2
tupul glebek…..tumpul(mcm pisau le)
patoh riok….patah(tangan)
pendek kettok…..pendek
ah gelak kattok……gelap gelita
kuning siyor……kuning buruk
leppok…..buruk giler
toho leppeh…..air yg cetek
tubek gembong ……. buasir
Wohulu ….. bahulu
tubek …….keluar
panah kettek…….. panas yang teramat
tohor leppeh….air yg cetek
paik nepang…..pahit yg amat2
kuba balo….kerbau yg ada wana perang2

Jumat, 15 Agustus 2008

Bahasa Rojak

Bahasa Rojak

Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.

Sejarah

Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang mengunapakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak. Untuk memahami asal-usul Bahasa Rojak Malaysia, seseorang mungkin perlu membaca sejarah Malaysia terutama Melaka sewaktu Parameswara. Dalam awal 1500-an, pelawat Portugis Tome Pires menjumpai di Melaka "mur dari Kaherah, Makkah, Aden, Abyssinia, Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans, orang Kristian Armenia, Gujaratee, lelaki Chaul, Dabhol, Goa, dari negara Deccan, Malabar dan Kling, pedagang Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siam, lelaki Kedah, Melayu, lelaki Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochin China, Cina, Lequeos, lelaki Brunei, Lucoes, lelaki Tamjompura, Laue, Banka, Linga, Moluccas, Banda, Bima, Timor, Madura, Java, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Kappatta, Menangkabau, Siak, Arqua (Arcat?), Aru, Bata, negara Tomjano, Pase, Pedir, Maldives... ". Orang-orang ini datang ke Melaka dengan kapal dan pangjava. Menjelang 1511, Melaka mempunyai jumlah penduduk 50,000 termasuk komuniti pedagang yang bertutur 84 bahasa.

Isu Bahasa Rojak


Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Melaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.

Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)

Kau memang terror la!

Tempat makan ni best sangat!

Bahasa Rojak (Bahasa Cina campur bahasa Inggeris)

Can meh? That one can like that meh? - Boleh berbuat begitukah?
Tonight ar we'all go KLCC, after that we'all can go Cheong Kor (singing) mah. - Malam ini kita semua pergi ke KLCC dan kemudiannya kita semua pergi menyanyi Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina campur bahasa Inggeris)

Eh boss cakap ar, after makan ah, we'all go mabuk, want or not, once in a while only mah, taikah happy mah, ok. - Pengurus! Selepas makan kita semua pergi minum arak beramai-ramai mahukah? Sekali-sekala sahaja untuk bergembira!

Kontroversi penggunaan

Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik berkontroversi oleh kerana penjaga-penjaga bahasa menuduh ia sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Mereka bimbang bahawa siswa-siswi akan kekurangkan kemahiran menulis dan bertutur sekiranya amalan ini terus berlaku. Satu cadangan untuk membendung gejala ini adalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu tulen dalam satu ayat tanpa campuran bahasa lain. Akan tetapi untuk pelajar-pelajar sekolah luar bandar satu-satunya cara untuk melatih kemahiran berbahasa Inggeris mereka adalah untuk menggunakan bahasa itu dalam perbualan seharian. Dengan diri mereka sendiri yang tidak punyai kemahiran dalam bahasa Inggeris, ia sekaligus memberikan pendengar mereka satu gambaran Bahasa Rojak. Ini juga merupakan satu fenomena yang sedang merebak ke bandar.

"Jangan lupa diri"

"Jangan lupa diri" sering didengar di kawasan bandar dan luar bandar Malaysia. Ini merupakan satu frasa yang menyatakan bahawa seseorang itu harus ingat akan asal-usul diri mereka dan nenek moyang mereka, sekalipun ia bersifat perkauman. Pada tahun 2002 Tun Dr. Mahathir mencadangkan bahawa bahasa Inggeris digunakan sebagai 'satu alat' untuk menimbang ilmu dalam bidang-bidang sains dan matematik, sebagai pendidikan di Malaysia.

Rabu, 13 Agustus 2008

Pantun dalam masyarakat Melayu

Pantun dalam masyarakat Melayu

Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai.

Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi.

1. Untuk mendidik

Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.

2. Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu

Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di bawah ini;

Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.

Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantun kepada pasangannya yang kerinduan tidak kira sama ada pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu bapanya.

3. Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih

Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi. Antara pantun yang popular sehingga sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya.

4. Untuk adat istiadat

Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam pantun Melayu lama di bawah ini yang kerapkali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga sekarang ini;
Tok Sami ke Teluk Lipat,
Kain sekodi dibawa sama;
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta terima.

5. Untuk sindiran dan tempelak

Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka. Perhatikan pantun sindiran Melayu lama di bawah ini yang masih kita gunakan sehingga sekarang;

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

6. Untuk menguji minda

Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati ialah;

Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?

7. Untuk hiburan

Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama di bawah yang sememangnya kita ingat sejak kecil lagi.
Tuan Puteri memasang panjut,
Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut,
Melihat tikus pandai bersilat.
Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya.

Jumat, 08 Agustus 2008

Teknik-teknik menguasai Bahasa Inggeris

Teknik-teknik menguasai Bahasa Inggeris

Seringkali kita dibelenggu dengan masalah lemah dalam pengusaan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian kita. Kita mungkin tidak terasa kelemahan BI kita bila kita berada dirumah tapi akan terasa kelemahan kita apabila ditempat kerja terutamanya apabila bekerja di syarikat swasta yang banyak menggunakan banyak BI dalam komunikasi dalaman, komunikasi dengan syarikat-syarikat lain dan juga dengan pelanggan.



Kelemahan dalam BI juga akan menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan kerja kita dengan baik dan juga akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat oleh kerana majikan akan menilai kita sebagai lemah dalam bahagian komunikasi.

Dari pengalaman saya dalam mempelajari Bahasa Inggeris ada 3 bahagian yang penting dalam mempelajari BI iaitu:-

i) Vocabulary
ii) Grammar
iii) Written English

i) Vocabulary - Vocabulary ataupun kosa kata adalah pada pandangan saya yang paling penting dalam menguasai Bahasa Inggeris. Kita tidak akan dapat berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris jika vocabulary kita adalah lemah. Ianya seumpama seorang budak kecil yang baru belajar bercakap dan sukar untuk kita fahami apa yang cuba disampaikan nya.Malangnya kebanyakan dari kita amat malas untuk meningkatkan vocabulary kita dalam Bahasa Inggeris. Berapa banyakkah dari kita yang membuatkan ianya satu tabiat untuk membaca suratkahabar Bahasa Inggeris setiap hari? Berapa banyak kah dari kita yang ada membeli sebuah kamus Bahasa Inggeris yang komprehensif sebagai rujukan kita?

Tanpa vocabulary yang mencukupi anda akan menghadapi masalah untuk menyampaikan idea dan pendapat kita dengan lancar. Atau lebih buruk anda menggunakan perkataan yang silap atau tidak sesuai dan menimbulkan salah faham di mata pendengar/pembaca. Dalam Bahasa Inggeris amat banyak perkataan yang hampir2 serupa akannya tapi lebih sesuai digunakan dalam situasi2 yang tertentu sahaja.

Terdapat beberapa jenis kamus yang terdapat di pasaran dan antara
jenis kamus yang boleh didapati ialah :-

i) Kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia . Kamus jenis ini memberi definisi
perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dalam Bahasa Malaysia. Jenis kamus ini sesuai
jika anda masih dalam peringkat permulaan untuk menguasai Bahasa Inggeris dan
masih lemah dalam vocabulary Bahasa Inggeris anda.

ii) Kamus Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris . Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-
perkataan Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris. Ini sesuai untuk mereka yang tahu
maksud perkataan dalam Bahasa Melayu tapi tiada lansung idea apakah maksudnya
dalam Bahasa Inggeris.

iii) Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu - Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. Ini bolehlah dikatakan kombinasi kedua2 jenis kamus diatas. Kamus ini memudahkan pengguna yang juga dalam peringkat beginner untuk mencari perkataan yang mereka cari samaada dalam Bahasa Inggeris mahupun dalam Bahasa Melayu.

iv) Kamus Bahasa Inggeris-Bahasa Inggeris. Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-
perkataan Bahasa Inggeris dalam bahasa Inggeris Ini adalah kamus yang terbaik untuk mereka yang dalam peringkat intermediate dan advance. Untuk mereka yang sudah agak selesa dengan vocabulary Bahasa Inggeris mereka disarankan untuk menggunakan kamus jenis ini. Sesetengah dari kita takut untuk menggunakan kamus ini kerana risau tidak faham apa yang di definisikan dalam kamus ini. Mereka tidak perlu rasa kurang yakin kerana dengan menggunakan kamus jenis ini anda akan mepercepatkan kemahiran vocabulary anda.

Apakah yang terdapat dalam sebuah Kamus?

1. Introduction

Dalam ruangan pengenalan ini biasanya akan diterangkan bagaimana cara menggunakan kamus itu dengan efektif.Pengguna disarankan untuk mengambil masa membaca ruangan ini untuk memastikan mereka dapat menggunakan sebuah kamus itu dengan efektif.

2. Spelling

Kamus akan memberi anda cara ejaan yang sebenar untuk sesebuah perkataan yang and a cari.Ada juga jenis2 ejaan yang berbeza iaitu :-

i) Ejaan penuh - Dimana perkataan dieja sepenuh nya
ii) Akronim - Dimana akronim/singkatan di beri seperti NASA yang merupakan singkatan kepada National Aeronatics and Space Administration.
iii) Singkatan - Dimana singkatan yang telah diterima umum sebagai singkatan kepada ejaan penuh seperti mkt yang merupakan singkatan kepada merket(pasar)

3. Meaning

Kebanyakan orang menggunakan kamus untk mendapatkan meaning ataupun maksud sesuatu perkataan. Sesetengah kamus yang lebih komprehensif akan turut memberi 2-3 ayat untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Ada juga kamus yang turut meletakkan gambar untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Penggunaan grafik amat sesuai untuk memudahkan pengguna memahami seuatu perkataan terutamanya yang bersifat teknikal.

Grammar

Kamus juga akan menunjukkan bagaimana sesebuah perkataan itu akan digunakan secara grammatically. Secara amnya sesebuah kamus juga akan mendifisikan samaada perkataan itu adalah :-

i) Verb � Kata kerja. Verb bermaksud perkataan itu digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan. Antara contoh verb ialah run,laugh,walk,talk,sleep,swim,sing. Perhatikan semua perkataan tersebut menggambarkan perbuatan.
ii) Noun �Kata Nama.Contoh Noun ialah car,house,man,woman,dog,cat dan lain-lain.
iii) Adverb � Adverb digunakan untuk menerangkan verb. Jika verb nya ialah run maka adverb digunakan untuk menerangkan perkataan `run' tersebut.

Cth:-

Ali run slowly to the car.

Dalam contoh diatas `slowly' digunakan untuk menerangkan bagaimana perbuatan Ali (i.e. run) itu berlaku.

iv) Adjective � Adjective pulak digunakan untuk menerangkan sesuatu noun. Jika dalam noun nya ialah house maka adjective akan digunakan untuk menerangkan bentuk atau keadaan fizikal rumah itu.

Cth:-

The house is big.

The house is colourful.

Jadi dalam contoh diatas adjective yang digunakan ialah big dan colourful.


4. Pronounciation

Didalam kamus biasanya akan ditunjukkan juga bagaimana sesuatu perkataan itu akan disebut(pronounced). Perlu diingat bahawa BI banyak meminjam perkataan dari bahasa-bahasa lain dan walaupun bahasa asing itu telah diserap dalam Bahasa Inggeris kebiasaanya pronounciation nya masih dikekalkan dalam bentuk asal. Antara yang pronounciation nya yang jauh berbeza dari ejaan nya ialah perkataan yang diambil dari bahasa Perancis. Antara contoh2 perkataan ini ialah:-
Grand Prix
Buffet
Par Avion
Rendezvous

Kamis, 31 Juli 2008

Belajar dialek Terengganu

Belajar dialek Terengganu

1. biawak - bewok
2. tipu - nawok
3. busuk kohong - busuk yg terlampau
4. basoh jerok - basah kuyup
5. kering garing - terlampau kering
6. gemok debok - terlampau gemuk
7. kepot pale - ketuk kepala
8. neceh - luka
9. tak mboh - tak nak
10. glebek nyeng - hancur
11. jeng kleng - kerosakan yg ketara
12. rezak - tertekan
13. masang rebang - terlampau masam
14. manih leting - terlampau manis
15. gelak guguk - gelap gelita
16. tawo hebe - tawar sangat
17. camek - usik
18. ngakah - geledah
19. khabak - panjat
20. segeleng - sengaja
21.nebeng - melampau
22.hek ye - menyangkal idea org lain (tak setuju)
23.tago/plekong - membaling
24.njut linge - ketuk ketampi
25.waseang - perasaan
26.baham rambang - sesuke hati
27.jembe - pergi cepat2..

Pastikan sebutan tu adalah betul =)
Dialek negeri-negeri di Malaysia

Dialek negeri-negeri di Malaysia

Dialek Johor-Riau

Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Seperti contoh:



Saya - disebut sayě

Apa – disebut Apě

Berapa – disebut Berapě



Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal :



Anda – disebut anda

Merdeka - disebut Merdeka



bunyi akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata seperti berikut:



Besar - disebut Besa (dengan sebutan a yang betul)

lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul)

sabar - disebut Saba (dengan sebutan a yang betul)



Bunyi ‘o’ diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur”



Tidur – disebut Tido

Telur – disebut Telo



Pengguguran bunyi ‘r’ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut:



Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ě)

Pergi - disebut Pegi

Berjalan - disebut Bejalan



Bagaimanapun terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawaan-kawasan tertentu.



Variasi tersebut dapat dilihat dibawah:



Ejaan Standard Johor-Riau Johor Pesisir Barat & Utara Melaka

Besar Besa Beso Besau

Lebar Leba Lebo Lebau

Sabar Saba Sabo Sabau

Langgar langga Langgo Langgau

Tukar Tuka Tuko Tukau



Dialek Negeri Sembilan

Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera. (contohnya tidak disertakan disini)



Dialek Perak

Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)

Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut:



Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah

Saya Sayě Sayěě Saye

Apa Apě Apěě Ape

Berapa Berapě Berapěě Berape



Nota: Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘ě’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’



Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh)



BM Malaysia Perak Selatan Perak Tengah

Kamu Koměě Kome

Kota Kotěě Kote



Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara)

Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan ‘a’ dihujung kata yang dibunyikan secara baku.



Ejaan Standard Dialek Utara

Saya Saya (mengikut sebutan baku)

Dia Dia (mengikut sebutan baku)

Mana Mana (mengikut sebutan baku)



Huruf ‘r’ di akhir kata diganti dengan bunyi ‘q’. Lihat contoh:



Ejaan Standard Dialek Utara

Bergetar Bergetaq

Ular Ulaq

Telur Teloq



Bunyi ‘i’ di tengah digantikan dengan bunyi ‘ia’



Ejaan Standard Dialek Utara

Pasir Pasiaq

Baligh Baliaq



Pengguguran huruf ‘g’ dibelakang kata. Contoh:



Ejaan Standard Dialek Utara

Kambing Kambin

Kuning Kunin

Anjing Anjin



Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh):



BM Standard Dialek Utara

Awak / Kamu Hang

Mereka (bunyi ě) Depa (sebutan baku)

Sekejap Sat

Kenapa (bunyi ě) Awat

Pergi Pie

Kelapa (bunyi ě) Nyoq



Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah:



Dialek Utara Dialek Utara (Perlis)

Kasut Kasuit

Pulut Puluit



Dialek Kelantan (kecek kelate)

Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata dengan huruf ‘e’ (sama dengan bunyi e dalam kata Beca)



Ejaan Standard Dialek Kelantan

Kawan Kawe

Bulan Bule

Terang Teghe

Tenang Tene

Bukan Buke

Tangan Tange



Huruf ‘a’ di belakang kata juga diganti dengan bunyi ‘o’



Ejaan Standard Dialek Kelantan

Apa Gapo

Hamba Ambo

Mana Mano



Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard



Ejaan Standard Dialek Kelantan

Satu (dua, tiga empat…) Se (dua, tiga empat…)

Saya Kawe / ambo

Awak / Kamu Demo

Bagaimana Guano

Cakap Kecek

Duit Pitih

Gaduh Gocho

Juara Jogho

Kelapa Nyo

Kawan / sahabat Saing



Dialek Terengganu

Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan. Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf ‘g’ bagi kata-kata yang berakhiran dengan ‘n’. Contoh:



Ejaan Standard Dialek Terengganu

Makan Makang

Ikan Ikang

Bukan Bukang

Badan Badang

Pun Pung

Zapin Zaping

Kemaman (nama daerah) Kemamang

Jalan Jalang

Hujan Hujang



Dalam dialek Terengganu huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bungi ‘ě’ yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan)



Ejaan Standard Dialek Terengganu Dialek Kelantan

Apa Apěě Gapo

Mana Maněě Mano

Ada Aděě Ado



Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :



Ejaan Standard Dialek Terengganu

Jumpa Jupěě

Sampai Sapaa



Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut:



BM Standard Dialek Terengganu

Duit Piti

Selalu Sokmo



(ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan)



Dialek Pahang

Gaya penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi berbeza sedikit dari segi sebutan. Tidak banyak info yang diperolehi tentang dialek ini kerana penuturnya lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau (Pahang di satu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan Johor-Riau-Lingga)



Dialek Sarawak

Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunai, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak



BM Standard Dialek Sarawak

Saya Kamek

Awak / kamu Kitak

Dia Nya

Tidak Sik

Jangan Sikboh

Ini Itok

Sini Sitok

Itu Ya

Situ Siya

Sana Sinun

Mana Ne

Dimana Sine

Cakap Madah

Orang Sidak

Cantik Kacak

Sombong lawa

Lama Lamak

Jumpa Temu

Kucing Pusak / pusa

Anjing Asok

Ayam Manok

Ya Auk



dan banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (tapi ada juga yang sama)



Dialek Sabah

Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Disaming itu terdapat juga kata pinjaman dari bahasa suku kaum di negeri itu. Bagaimanapun data yang tersedia masih minium



Biarpun banyak variasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kini semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.
▲
Top